Hidang Arak… Majlis Kerajaan Wajar Cerminkan Nilai Islam, Bukan Cetus Kontroversi

MUAR, 7 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Muar menyifatkan insiden hidangan arak dalam majlis rasmi anjuran Tourism Malaysia baru-baru ini sebagai satu tindakan yang tidak wajar, cuai dan mencemar sensitiviti umat Islam di negara ini. Ketuanya, Saifulrudin Muhamad, menegaskan bahawa majlis rasmi kerajaan seharusnya menjunjung nilai budaya dan agama, bukannya menjadi medan yang menimbulkan rasa tidak hormat terhadap pegangan […]

» Read more

Pendirian Malaysia Terhadap Pelan Damai AS, Persediaan TMM2026 Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Pendirian Malaysia terhadap pelan damai yang dikemukakan oleh Presiden AS, Donald Trump, berhubung konflik Palestin-Israel menjadi tumpuan utama pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal parlimen, soalan itu terkandung dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri yang akan dibangkitkan oleh Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) kepada perdana menteri. Dia juga ingin […]

» Read more

RUU Tribunal Anti-Buli Dijangka Dibentang Di Parlimen Disember Ini – Azalina

PUTRAJAYA, 7 Okt – Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli dijangka dibentangkan di Parlimen pada Disember ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata, kertas kabinet berhubung penggubalan RUU berkenaan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri seawal November ini bagi memaklumkan input serta dapatan hasil sesi dialog awam antibuli yang diadakan di […]

» Read more

Rombak RUU URA: Suara Rakyat, Kepentingan Awam Jadi Teras UMNO

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Langkah UMNO menuntut rombakan penuh Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) atau URA menjadi bukti bahawa suara rakyat dan kepentingan awam sentiasa menjadi teras parti. Pengarah Komunikasi UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri, menerusi hantaran di laman Facebooknya mengucapkan syabas dan tahniah kepada UMNO yang sentiasa tuntas mendengar suara rakyat […]

» Read more

Isu Arak Bukan Bahan Gurauan, Pemuda UMNO Bagan Datuk Kecam Sindiran Murahan

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk, Muhammad Nabil Saleh menegaskan bahawa isu arak bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan bahan gurauan mahupun sindiran politik murahan. Menerusi satu kenyataan, beliau mengecam sekeras-kerasnya tindakan salah seorang ahli politik yang bertindak menyindir Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu arak. “Saya […]

» Read more

Homestay Malaysia Pemacu Tahun Melawat Malaysia 2026 – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 6 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa inap desa atau homestay merupakan nadi penting dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) kerana berperanan sebagai penghubung antara pelancong dan komuniti desa. Menurut beliau yang juga Presiden UMNO, konsep inap desa bukan sekadar menawarkan tempat penginapan, tetapi turut memacu ekonomi setempat, melestarikan budaya, memperkukuh […]

» Read more

Tiada Alasan Boleh Diterima Untuk Hidang Arak Dalam Majlis Rasmi

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Mohd Farhan Ahmad berpandangan bahawa tidak ada alasan yang boleh diterima untuk menghidangkan arak dalam majlis rasmi kerajaan. Ujarnya, insiden tersebut telah dicemari dengan kecuaian protokol dan perbuatan bertentangan dengan nilai Islam, adab serta budaya. “Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab yang berlaku dalam […]

» Read more

UMNO/BN Sabah Sedia Hadapi PRN17, Bung Moktar Seru Rakyat Tentukan Hala Tuju

KOTA KINABALU, 6 Okt – Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah sudah bersedia sepenuhnya menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, susulan pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sebentar tadi. Menurutnya, kesiapsiagaan jentera parti telah lama diperkukuh di semua peringkat termasuk bahagian, sayap dan pusat daerah mengundi (PDM), bagi […]

» Read more

Ahmad Zahid Yakin Hubungan Malaysia–Pakistan Terus Subur

PUTRAJAYA, 6 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin hubungan akrab antara Malaysia dan Pakistan akan terus subur berasaskan semangat persaudaraan sejati yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara. Beliau berkata, hubungan tersebut bukan sahaja menjadi asas kepada kerjasama erat dalam pelbagai bidang, tetapi turut membuka peluang baharu kepada rakyat kedua-dua negara serta memperkukuh kedudukan […]

» Read more

DUN Sabah Dibubar Hari Ini

KOTA KINABALU, 6 Okt – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan hari ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor membuat pengumuman pembubaran berkenaan pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ketua Menteri Bersama Wakil Rakyat Kerajaan Sabah di Menara Kinabalu, yang merupakan pusat pentadbiran negeri, pada 2.54 petang ini. Beliau berkata, […]

» Read more
1 270 271 272 273 274 2,246