Apa Agenda A.Kadir Jasin…? Tempoh 48 Jam Mohon Maaaf Atau Berdepan Laporan Polis

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob melahirkan kekesalan dan amat kecewa dengan tulisan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk A Kadir Jasin yang dipetik Malaysiakini.com bertajuk; “Kadir Jasin: Rakyat perlu tahu peruntukan belanja buat raja”, dan tular tersebar luas di media sosial baru-baru ini. Sehubungan itu, beliau dan […]

» Read more

Kenyataan Tegas Hishammuddin Seharusnya “Matikan” Certot PPBM

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, kenyataan tegas Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein seharusnya mematikan sama sekali certot Anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin yang mendakwa 40 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan keluar parti. Katanya, ahli parlimen BN boleh berbangga kerana mereka masih merupakan “faktor” yang […]

» Read more

Kerajaan PH Tak Perlu Terburu-buru Untuk Meratifikasi ICERD

KUALA LUMPUR, 1 Nov – UMNO menggesa Kerajaan Malaysia untuk tidak bertindak terburu-buru untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kebimbangan serta suara yang menentang pelan Kerajaan Malaysia untuk meratifikasi ICERD adalah tindakan yang berasas dan mesti diberikan perhatian serius. “UMNO secara jelas dan tegas menzahirkan rasa tidak […]

» Read more

Apa Kerajaan Hari Ini Buat Untuk Rakyat, Negara? – Najib

KUALA LUMPUR 1 Nov. – “Baru semalam dalam FB Live saya cakap mengenai perlunya Kerajaan hari ini fikirkan masalah yang dihadapi rakyat dan tingkatkan usaha beri bantuan,” komen Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran Facebook peribadinya. Semalam, katanya, keluar kenyataan bahawa kerajaan bayangkan untuk hentikan subsidi, kononnya ia sebabkan rakyat tak mampu fikir, jadi malas tak boleh berdikari, duduk […]

» Read more

Kes Pertuduhan Najib Pindah Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dibenarkan untuk memindahkan 21 kes pengubahan wang haram dan empat pertuduhan salah guna kedudukan membabitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri […]

» Read more

Puteri UMNO Bantah, ICERD Akan Undang Ketegangan

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Pergerakan Puteri UMNO membantah keras ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) ini kerana ia bertentangan dengan semangat perlembagaan. Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata jika ratifikasi ini diteruskan dan diiktiraf oleh kerajaan, maka ia akan mengundang keburukan. “Jika ratifikasi ini diteruskan dan diiktiraf oleh kerajaan, ia akan mengundang keburukan saya bimbang […]

» Read more

Status Twitter Tolak Spekulasi Kononnya Zahid Dan Hishamuddin Tidak Sebulu

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Sejak Barisan Nasional (BN) gagal mengekalkan tampuk pentadbiran pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, ada sahaja pihak yang cuba melaga-lagakan pemimpin UMNO terutama selepas pemilihan parti. Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak ketinggalan menjadi mangsa adu domba kononnya tidak sehaluan. Namun status […]

» Read more

Laporan 1MDB Tidak Dipinda – Ambrin

KUALA LUMPUR,  30 Okt – Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata tiada sebarang pindaan dibuat terhadap laporan asal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disediakan oleh beliau. “Tiada sebarang pindaan. Saya tidak tahu apa yang beliau (Wong Kah Woh) maksudkan,” katanya merujuk kepada timbalan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu yang semalam mendakwa laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB telah dipinda atas arahan individu tertentu. Ambrin, yang kini mempengerusikan jawatankuasa siasatan tadbir urus, perolehan dan kewangan, berkata beliau mempunyai kawalan sepenuhnya ke […]

» Read more

Apa Justifikasi Pembinaan Jambatan Bengkok? Kerajaan PH Digesa Buat Kajian Menyeluruh

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong melahirkan rasa terkilan terhadap jawapan yang diberikan oleh Menteri Kerja Raya berhubung justifikasi pembinaan Jambatan Bengkok yang ditangguhkan beberapa tahun sebelum ini. Serentak itu beliau menggesa agar kerajaan melihat secara mendalam dan membuat kajian sepenuhnya berhubung perkara berkenaan bagi memastikan permasalahan pokok  dapat diselesaikan. […]

» Read more

UMNO Bahagian Jeli Masih Utuh

KOTA BHARU, 30 Okt – UMNO bahagian Jeli masih lagi utuh di sebalik tindakan bekas ketua bahagiannya, Datuk Seri Mustapa Mohamed meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Jumaat lepas. Anggota Jawatankuasa UMNO bahagian Jeli Datuk Mohd Adhan Kechik berkata setakat ini hanya segelintir anggota UMNO di bahagian berkenaan yang mengikut jejak langkah bekas Pengerusi Badan Perhubungan […]

» Read more
1 … 2,354 2,355 2,356 2,357 2,358 … 2,387