Memperkukuh Kerjasama Pembangunan Desa Malaysia-Indonesia

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan lawatan kerja ke Bali, Indonesia bagi memperkukuh kerjasama pembangunan luar bandar antara Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat desa kedua-dua negara. Lawatan itu merupakan kesinambungan kepada pertemuan beliau bersama Menteri Desa dan Pembangunan Daerah Tertinggal Republik Indonesia pada 17 September lalu yang […]

» Read more

GST Lebih Telus, SST Dipersoal! Armand Azha Cabar Kerajaan Buka Mata

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Kerajaan MADANI dicabar supaya membuka semula perbincangan secara serius mengenai pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan membentangkan kajian perbandingan menyeluruh antara GST dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), khususnya dari aspek ketelusan, kecekapan kutipan hasil, kos perniagaan serta kesannya terhadap kuasa beli rakyat. Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor merangkap Ketua UMNO Bahagian […]

» Read more

PM Perlu Jelaskan Penyahklasifikasian – Noor Hariri

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak boleh melepaskan diri daripada tanggungjawab politik dan pentadbiran berhubung isu penyahklasifikasian serta pendedahan Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang melibatkan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Timbalan Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Noor Hariri Mohamed Noor berkata, sebagai Ketua Kerajaan dan individu yang mengetuai […]

» Read more

Johor Sasar 100,000 Unit RMMJ Menjelang 2030

JOHOR BAHRU, 23 Nov – Kerajaan Negeri Johor menyasarkan pembinaan 100,000 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) menjelang 2030 dengan memberi penekanan kepada aspek penyediaan bekalan, kelancaran pelaksanaan projek serta pengagihan yang lebih adil mengikut keperluan rakyat di seluruh negeri. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, komitmen itu merupakan sebahagian daripada hala […]

» Read more

Tiada Cadangan Bubar DUN Perak Selepas Pembentangan Belanjawan Negeri 2027 – Saarani

TAIPING, 23 Nov – Tiada keperluan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana kerajaan negeri mempunyai sokongan kuat termasuk daripada kem pembangkang. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata justeru ia berbeza dengan situasi politik di Johor dengan kerajaan yang mempunyai majoriti tipis. “Saya tidak tahu apa alasan di Johor… kemungkinan majoriti yang tipis itu. Di Perak sekarang saya […]

» Read more

Perkasa Tenaga Kerja Tempatan, Pastikan Graduan Kemahiran Tidak Terpinggir

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib berharap kerajaan mewajibkan majikan yang memohon kuota pengambilan pekerja asing membuktikan komitmen syarikat dalam pembangunan kemahiran tenaga kerja tempatan. Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tenggara berkata ia bagi memberikan keutamaan untuk memperkasa tenaga kerja tempatan bagi memastikan industri dapat memenuhi keperluan tenaga kerja tanpa terlalu bergantung kepada pekerja […]

» Read more

Ayahanda Mohd Rafi Meninggal Dunia, UMNO Rakam Takziah

KUALA LUMPUR, 23 Nov – UMNO merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang mendalam kepada Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, atas pemergian ayahanda tercinta, Allahyarham Datuk Alli Hassan Yacub. Allahyarham telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di Sunway Medical Centre. Seluruh keluarga besar UMNO menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan tersebut serta mendoakan agar Mohd […]

» Read more

UMNO Sabah Perkukuh Persiapan PRU-16, Kesatuan Dan Disiplin Jadi Keutamaan

BEAUFORT, 23 Nov – Persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) perlu digerakkan berlandaskan kesatuan, disiplin, kesungguhan dan kerjasama menyeluruh di setiap peringkat parti bagi memastikan UMNO terus bersedia mendepani landskap politik yang semakin mencabar. Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, setiap gerak kerja perlu dirancang dan disusun dengan rapi, jentera parti diperkasakan secara berterusan serta setiap […]

» Read more

KESUMA Digesa Perkasa Kebajikan Pekerja ‘Freelance’, Semak Kadar EBM

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa berharap kerajaan memberi perhatian terhadap kelompok pekerja bebas dan pekerja ekonomi gig susulan sebahagian besar golongan berkenaan masih berdepan pendapatan rendah serta kekurangan perlindungan sosial. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tampin berkata perkembangan tersebut bagaimanapun menimbulkan persoalan mengenai kemampuan pekerjaan berasaskan gig dalam menjamin kehidupan yang […]

» Read more

Pemetaan Sistem Saliran: Kerajaan Negeri Pahang Laksana Kajian PISMA

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pahang sedang melaksanakan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) bagi Daerah Kuantan, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau mengambil maklum mengenai cadangan untuk melaksanakan pemetaan menyeluruh sistem saliran untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran. “Dalam […]

» Read more
1 2 3 … 2,385