Kita Mainkan Peranan Masing-masing, Tangkis Isu Yang Timbul – Dr Zambry

LUMUT, 19 Okt – Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berharap semua peringkat kepimpinan memainkan peranan masing-masing dalam usaha memastikan sebarang isu yang timbul dapat ditangkis sebaiknya. Berucap pada Program Jelajah Penerangan UMNO di bahagian Lumut pagi tadi, beliau menegaskan langkah berkenaan amat penting dengan menggunakan pelbagai medium terkini bagi memastikan matlamat penyampaian sampai kepada sasaran […]

» Read more

Jentera UMNO Perlu Terus Diperkuat, Tekad Perbaiki Kelemahan – Mohd Noor

TASEK GELUGOR, 15 Okt – Ketua Penerangan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad, menegaskan pentingnya memperkuat jentera penerangan parti di peringkat bahagian dan cawangan dalam usaha menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16). Menurut beliau, walaupun jentera UMNO telah bekerja keras selama bertahun-tahun, calon lawan yang tidak berasal dari kawasan itu telah berjaya menawan Parlimen Tasek Gelugor. “Jentera penerangan […]

» Read more

Jentera Parti Kekuatan UMNO/BN, Jangan Ambil Mudah Tanggungjawab Bersama – Mohd Rafi

TASEK GELUGOR, 14 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan menasihati semua jentera penerangan untuk tidak mengambil mudah tanggungjawab dalam memperkukuhkan UMNO, terutama ketika menghadapi lanskap politik yang semakin mencabar. Menurut beliau, kekuatan sebenar UMNO terletak pada keupayaan jentera partinya di semua peringkat, dari akar umbi hingga ke pimpinan tertinggi. Katanya, tanpa jentera parti yang […]

» Read more

Jaga Rukun Parti, Pastikan UMNO Terus Kekal Relevan – Gulam

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Gulam Muzaffar Gulam Mustakim berpandangan akar umbi parti perlu rasional dalam menjaga kerukunan UMNO sebagai sebuah keluarga besar. Menurut beliau ini kerana, disiplin sebagai pendukung parti menjadi kekuatan kepada UMNO bagi memastikan parti keramat ini terus relevan dalam mendepani cabaran politik mendatang. “Kalau benda yang nak dibuat boleh menambah […]

» Read more

Jelajah Penerangan UMNO Diteruskan Ke UMNO Bahagian Titiwangsa Hari Ini

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Jelajah Penerangan UMNO Malaysia meneruskan misi memberi penjelasan isu-isu semasa kepada ahli akar umbi UMNO Bahagian Titiwangsa hari ini. Bertempat di Auditorium Menara Dato Onn, di sini, siri jelajah ini yang dicetuskan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Seri Azalina Othman Said menampilkan Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Gulam Muzaffar Gulam Mustakim sebagai penceramah […]

» Read more

Ahli Akar Umbi Perlukan Maklumat Terkini Tangkis Tohmahan Parti Lawan – Hasan

ROMPIN, 13 Sept – Ketua UMNO Bahagian Rompin Datuk Seri Hasan Arifin berpandangan Jelajah Penerangan UMNO Malaysia adalah satu pendekatan yang cukup baik bagi menjelaskan kepada akar umbi mengenai isu-isu semasa. Ini supaya katanya, ahli di cawangan mampu mendapat pelbagai info dan maklumat yang tepat daripada kepimpinan atasan parti serta hujah bagi menangkis segala serangan dan mainan persepsi parti lawan. […]

» Read more

Media Sosial Pengaruhi Persepsi Dan Minda Rakyat, Jentera Parti Perlu Aktif

ROMPIN, 11 Sept – Maklumat-maklumat yang berada di dalam media sosial kini menjadi faktor utama mempengaruhi persepsi dan minda rakyat di negara ini, ujar Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam. Lokman yang juga Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, berkata disebabkan itu untuk menjadi sebuah kerajaan yang stabil, terutamanya kerajaan yang ditubuhkan pasca Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 mesti […]

» Read more

UMNO Rompin Sokong Penuh Langkah Diambil Presiden Untuk Terus Kukuhkan Parti

ROMPIN, 10 Sept – UMNO Bahagian Rompin membuat pendirian menyokong penuh pelbagai usaha yang dilakukan oleh Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam usaha untuk terus memulihkan dan seterusnya memperkukuhkan parti. Ketuanya Datuk Seri Hasan Arifin, berkata memahami realiti politik negara hari ini, perlunya pendekatan yang berkesan bagi parti menempuh medan pilihan raya dan seterusnya mampu mencapai kemenangan. “UMNO […]

» Read more

Mohd Rafi Gesa Amal 5S – Setia, Servis, Santun, Semangat, Solidariti Untuk Perkukuh UMNO

KALABAKAN, 8 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan menyeru anggota UMNO supaya mengamalkan konsep 5S iaitu setia, servis (khidmat), santun, semangat dan solidariti bagi perkukuhkan parti. Katanya dalam keadaan parti kini menghadapi cabaran getir dari pihak lawan, pemimpin-pemimpin UMNO perlu terus menunjukkan kesetiaan dan kebersatuan selain mempunyai semangat kental bagi menghadapi tentangan musuh […]

» Read more

Jelajah Penerangan UMNO: Kalabakan Destinasi Terakhir Negeri Sabah

KALABAKAN, 4 Ogos – UMNO Kalabakan merupakan destinasi terakhir untuk Jelajah Penerangan UMNO bagi Negeri Sabah yang berlangsung hari ini di Inderaloka Grand Ballroom, Tawau. Jelajah Penerangan UMNO yang merupakan hasil cetusan idea Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said diadakan untuk memantapkan lagi komunikasi dan penerangan kepada ahli, akar umbi mahupun para pengundi. Ia juga merupakan persiapan […]

» Read more
1 2 3 8