Memelihara Integriti Ummah & Memperkasa Tadbir Urus Halal Negara

Di Sebalik Kejutan di Puchong: Mengembalikan Keyakinan Rakyat Terhadap Integriti Halal Melalui Reformasi Sistemik Pendedahan menerusi Ops Taring Chiller di Kampung Sri Aman Hilir, Puchong, baru-baru ini menggoncang masyarakat dan menimbulkan persoalan serius terhadap integriti rantaian bekalan halal negara. Penemuan lebih 6.5 tan ayam mentah bernilai RM85,400 serta penggunaan kaedah kejutan elektrik (water-bath stunning) berkapasiti tinggi yang membunuh ayam sebelum […]

» Read more

JABHAH Kecam Pencabulan Integriti Halal, Utarakan Empat Tindakan Konkrit

JABHAH Ilmuwan Muda Malaysia (JABHAH) memandang serius pendedahan kegiatan penyembelihan dan pemprosesan ayam yang diragui status halalnya di Kampung Sri Aman Hilir, Puchong, Selangor, susulan serbuan Op Taring Chiller pada 30 Oktober 2026. Menurut laporan polis, premis tersebut dipercayai mempunyai kapasiti memproses lebih 40,000 ekor ayam sehari dan menggunakan kaedah pemengsanan elektrik (waterbath stunning) yang menimbulkan keraguan terhadap kesahihan sembelihan. […]

» Read more

Tukar Kerajaan: Sudut Pandang JABHAH Ilmuwan Muda Malaysia

JABHAH Ilmuwan Muda Malaysia mengambil maklum ucapan Tuan Guru Haji Wazir bin Che Awang al-Makki dalam Program Sebarkan Salam @ Kota Bharu Berselawat pada 31 Oktober 2026. Menurut laporan media, beliau menyentuh hukum menjatuhkan pemerintah yang adil dan mengingatkan masyarakat tentang tindakan golongan Khawarij dalam sejarah Islam. JABHAH menghormati keilmuan beliau dan berkongsi keprihatinan untuk memelihara keamanan negara. Dalam perbincangan […]

» Read more

Pas-BN Di Melaka: Menyatukan Melayu, Memperkukuh Kekuatan Bangsa

ADA waktunya, kematangan politik diukur melalui kesediaan untuk menghulurkan tangan kepada mereka yang pernah berbeza haluan. Dalam perjuangan sebuah bangsa, keberanian mencari persamaan sama pentingnya dengan ketegasan mempertahankan pendirian. Gagasan potensi kerjasama UMNO dan PAS di Melaka ini membawa persoalan yang lebih besar daripada percaturan pilihan raya: mampukah pertemuan politik diterjemahkan menjadi penyatuan yang berprinsip dan berkekalan? Pada hemat saya, […]

» Read more

Tangguh Sampai Bila? 127 Projek Jalan Luar Bandar Terjejas

Kali ini saya nak cakap ‘direct to the point’, sebab ada terlalu banyak dah pemimpin Pakatan Harapan termasuk mantan Menteri Kewangan menjawab. Pertama, tuduhan komitmen berlebihan itu sebenarnya adalah hasil tunggakan daripada tahun-tahun terdahulu (termasuk ketika Menteri Kewangan tersebut menjadi Menteri) – di mana projek sudah berjalan tetapi tidak dibayar, lalu terpaksa dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehinggalah zaman YAB Datuk […]

» Read more

BN Sayang Rakyat: Lihat Bukti, Perkukuh Keyakinan

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Melaka bukan sekadar persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi peluang untuk rakyat menilai rekod pentadbiran, kemampuan kepimpinan dan komitmen terhadap kesejahteraan masyarakat. Masa depan Melaka perlu dibina atas asas pembangunan yang berterusan, ekonomi yang kukuh dan kebajikan rakyat yang sentiasa diberikan perhatian. Dalam menghadapi PRN ini, Barisan Nasional (BN) membawa semangat BN Sayang Rakyat, […]

» Read more

Pemerkasaan Sistem KAFA: Memartabatkan Guru, Memperkukuh Pendidikan Islam Negara

JABHAH Ilmuwan Muda Malaysia mengambil perhatian serius terhadap polemik berhubung kebajikan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), susulan kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil Noor, mengenai kedudukan elaun dan peluang pendapatan sampingan guru KAFA. JABHAH menghormati pandangan beliau. Namun, persoalan kebajikan guru KAFA perlu dinilai melangkaui takrif elaun dan status pelantikan. Ia menuntut penelitian terhadap […]

» Read more

Antara Janji Reformasi, Realiti Rakyat & Prestasi Kerajaan

DALAM politik, harapan boleh dibina melalui ucapan. Keyakinan boleh dipupuk melalui slogan. Namun, kepercayaan rakyat hanya dapat dipertahankan apabila janji diterjemahkan kepada hasil yang benar-benar dirasai. Inilah ujian yang sedang dihadapi kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setelah membawa agenda reformasi dan menjanjikan pembaharuan dalam pentadbiran, kerajaan perlu membuktikan bahawa perubahan yang dilaungkan bukan sekadar pertukaran naratif politik, tetapi pembaikan […]

» Read more

Nombor Plat H ‘Dedak’ – Gulam Muszaffar

Salam, No Plat H – Dedak Rupanya duit bidaan untuk Siri No. Plat bermula No. 1 hingga 9999 bagi kenderaan yang bermula dengan berabjab “H” yang dilancarkan ketika Hari Malaysia yang lepas dengan jumlah bidaan sebanyak lebih RM91juta telah berjaya dikutip dijadikan “dedak” untuk modal dan kempen PRN Melaka dengan pemberian RM1,000 seorang untuk pemandu-pemandu teksi. Sudahlah sebelum ini JPJ […]

» Read more

Parti Politik: Melangkaui Kepimpinan Karismatik dan Legasi Individu

1. Dalam sains politik, parti politik ditubuhkan atas pelbagai asas. Ada yang berteraskan ideologi, pegangan bersama dan perjuangan politik. Ada juga yang muncul melalui pengaruh pemimpin karismatik yang mendapat sokongan kuat daripada masyarakat. 2. Max Weber memperkenalkan konsep charismatic authority atau kewibawaan karismatik, iaitu keadaan apabila masyarakat mengikuti seseorang pemimpin kerana keistimewaan peribadinya. Pemimpin seperti ini mampu menyatukan penyokong, membina […]

» Read more
1 2 3 … 86