UMNO Dengar Suara Rakyat, Tangguh RUU URA Elak Kelompongan – Mohd Zaidy

JEMPOL, 7 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, menyambut baik keputusan tegas UMNO untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) sehingga semakan dan rombakan menyeluruh dapat dilakukan. Beliau berkata langkah tersebut selaras dengan suara rakyat pelbagai lapisan masyarakat yang telah dizahirkan melalui Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar pada 3 Oktober […]

» Read more

BPlant Perkukuh Pelaburan LTAT, Jadi Contoh Kejayaan Operasi

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Boustead Plantations Berhad (BPlant) bukan sahaja berperanan penting untuk memperkukuh pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) malah menjadi contoh bagaimana kejayaan operasi, inovasi dan kesejahteraan warga kerja dapat digerakkan seiring, selaras dengan semangat Malaysia Madani. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa beliau telah mengadakan lawatan kerja ke […]

» Read more

Isu Hidangan Arak: Ambil Tanggungjawab, Jangan Tuding Jari Kepada Pihak Swasta

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Setiausaha UMNO Negeri Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman berpandangan bahawa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) perlu mengambil tanggungjawab di atas insiden hidangan arak yang berlaku dan tidak hanya menuding jari kepada pihak swasta. Beliau yang juga Ahli Dewan Negara berkata, insiden tersebut menyentuh maruah dan sensitiviti Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. “UMNO Johor memandang […]

» Read more

DUN Bubar: Rakyat Sabah Penentu, Pilihlah Pasukan Yang Bawa Kestabilan

KOTA KINABALU, 7 Okt – Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menegaskan bahawa rakyat kini memegang mandat penuh untuk menentukan hala tuju negeri selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Menurut beliau, dengan pembubaran DUN semalam, kuasa kini telah dikembalikan kepada rakyat bagi memilih kerajaan baharu yang diyakini mampu membawa kestabilan dan kemajuan kepada negeri itu. “Undi rakyat […]

» Read more

KKR Perkasakan Kontraktor Tempatan G1-G4 Melalui Dasar Pembinaan Negara 2030 – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Dasar Pembinaan Negara 2030 (NCP 2030) sentiasa memastikan ekosistem industri pembinaan negara terus berkembang secara inklusif dengan memberikan tumpuan kepada penglibatan kontraktor tempatan termasuk kontraktor kecil Gred G1 hingga G4. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bagi memastikan hasrat ini tercapai, penglibatan kontraktor tempatan dalam kontrak pembinaan […]

» Read more

Rozabil Santuni Anak Muda, Perkukuh Peranan Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman menzahirkan kesyukuran dan berbesar hati melihat semangat tinggi yang ditunjukkan oleh golongan muda dalam usaha memperkukuh peranan UMNO di peringkat akar umbi. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau berkata, penglibatan aktif anak muda dalam perbincangan isu semasa jelas menunjukkan bahawa mereka mempercayai kepada platform […]

» Read more

Inisiatif UMNO Komited Lindungi Kepentingan Rakyat Untuk Laksana URA – Jasnizam Husni

KUALA LUMPUR, 7 Okt – UMNO telah mengambil satu inisiatif penting berhubung pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (PSB) atau Urban Renewal Act (URA) bagi memastikan kepentingan rakyat, khususnya masyarakat Melayu di kawasan bandar, terus terpelihara. Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Muhamad Jasnizam Muhamad Husni berkata, inisiatif kejayaan konvensyen baru0baru ini merupakan langkah proaktif parti dalam meneliti setiap aspek undang-undang […]

» Read more

PRN Sabah: Rakyat Rindu Zaman BN, Mohd Rafi Seru Terus Bekerja

LABUAN, 7 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan menzahirkan keyakinan bahawa rakyat Sabah merindui era pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang terbukti membawa kestabilan, kemajuan dan kesejahteraan kepada negeri itu. Menurut beliau, zaman pemerintahan BN dahulu menyaksikan pembangunan negeri dirancang dengan baik, ekonomi berkembang pesat dan kebajikan rakyat sentiasa menjadi […]

» Read more

Pemuda UMNO Lahad Datu Kecam Sindiran Terhadap TPM, Tegas Tolak Hidangan Arak Di Majlis Rasmi

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lahad Datu menentang sekeras-kerasnya kenyataan biadab yang dikeluarkan dengan menyindir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu hidangan arak di majlis rasmi kerajaan baru-baru ini. Ketuanya, Datuk Seri Anil Sandhu berkata kenyataan seumpama itu amat tidak wajar dan menunjukkan sikap yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam serta […]

» Read more

UMNO Tolak URA Berdasarkan Fakta, Demi Lindungi Hak Rakyat – Shahanim

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohd Yusoff menzahirkan penghargaan kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO kerana  ketegasan parti menolak pelaksanaan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) atau Urban Renewal Act (URA). Menurutnya, keputusan tersebut menunjukkan keprihatinan dan kebijaksanaan kepimpinan parti dalam mempertahankan hak rakyat, khususnya golongan yang terkesan dengan pembangunan semula bandar. “Terima kasih kepada […]

» Read more
1 269 270 271 272 273 2,246