KPK Laksana CTRE, Promosi Minyak Sawit Merah

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melaksanakan sepuluh Program Pendidikan Berterusan Berkaitan Pelancongan (CTRE) untuk mempromosikan minyak sawit merah. Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, KPK telah memulakan kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sejak 2024 untuk menjayakan usaha tersebut. “Kementerian menyambut baik cadangan Yang Berhormat Seputeh untuk mempromosikan manfaat minyak sawit merah […]

» Read more

RTB Sungai Air Salak Masuk Fasa Pra-Pelaksanaan – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Air Salak, Melaka Tengah mendapat kelulusan di bawah Rolling Plan Kedua (RP2), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dan kini berada pada peringkat pra-pelaksanaan. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, (PETRA) Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, peringkat pra-pelaksanaan itu melibatkan kerja-kerja awalan termasuk pelantikan perunding, jurukur serta pengambilan […]

» Read more

Kerja Awalan Projek Lingkaran Tengah Selatan Bentong Diluluskan Dibawah RMK-13

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Kerajaan meluluskan peruntukan RM120 juta bagi kerja-kerja awalan projek Lingkaran Tengah Selatan melibatkan pembinaan jalan baharu dari persimpangan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) / Lebuhraya Pantai Timur (LPT) KM79 ke Kampung Sungai Perdak, Bentong, Pahang di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, projek yang diluluskan […]

» Read more

Lepasan STPM Dikategori Setaraf Untuk Permohonan IPT – Zambry

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata dalam sistem UPUOnline, pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diklasifikasikan sebagai calon lepasan STPM, setaraf untuk permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menjelaskan, kerajaan telah memperkenalkan sistem meritokrasi bermula tahun 2002 bagi menggantikan sistem kuota […]

» Read more

RUU Pendanaan Politik: Syor Dasar Dibawa Ke JKPK Dalam Masa Terdekat – Azalina

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Beberapa syor dasar bagi penggubalan Rang Undang- Undang (RUU) Pendanaan Politik akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) dalam masa terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata ia bagi proses penelitian dan mendapatkan maklum balas lanjut sebelum dimuktamadkan untuk pertimbangan Jemaah Menteri. Katanya, Bahagian […]

» Read more

KUSKOP Perluaskan Sertaan Belia Dalam DaKoM – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) komited memperluas penyertaan belia dalam gerakan koperasi selaras dengan Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030). Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Mohamad Alamin berkata sehingga 31 Disember 2025, sebanyak 3,071 koperasi dalam kumpulan sasar belia telah didaftarkan […]

» Read more

Tuduhan Kewangan JALB Tidak Boleh Dipandang Ringan

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tuduhan berhubung pengurusan kewangan Program Jalan Luar Bandar (JALB) sebagai perkara serius kerana melibatkan amanah dalam menguruskan wang rakyat, reputasi kementerian serta integriti penjawat awam. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, pemahaman yang jelas perlu diberikan terhadap perbezaan antara peruntukan asal, peruntukan yang dipinda dan […]

» Read more

‘Kerajaan Silih Berganti, Reformasi Undang-undang Demi Rakyat Mesti Diteruskan’

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Reformasi Undang Undang diberikan perhatian serius oleh kementerian melalui pelaksanaan kajian awal yang meneliti fungsi, struktur dan model pelaksanaannya. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata antara fungsi utama yang sedang dipertimbangkan bagi suruhanjaya ini termasuklah […]

» Read more

Lima Kolej Kediaman Baharu Bakal Dibangunkan Di Universiti Awam

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merancang pembangunan lebih banyak kolej kediaman pelajar sebagai langkah jangka masa panjang, khususnya bagi memastikan kemudahan penginapan yang selesa dan kondusif dapat disediakan kepada pelajar, termasuk golongan B40. Selaras dengan perkara ini, Dr Zambry yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO […]

» Read more

Kedah Rubber City Diperkasa Sebagai Hab Industri Getah Berteknologi Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah memaklumkan pembangunan Kedah Rubber City (KRC) di Padang Terap sebagai pusat tumpuan industri getah berteknologi tinggi dengan menghubungkan penyediaan tapak industri, bekalan bahan mentah, tenaga kerja berkemahiran serta jaringan pelaburan. Beliau berkata pendekatan ini selaras dengan hala tuju Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dan Pelan Pembangunan Strategik […]

» Read more
1 2 3 … 78