Malaysia-China Perkukuh Kerjasama Banteras Jenayah Rentas Sempadan, Penipuan Siber

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Malaysia dan China bersetuju memperkukuh kerjasama keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang, khususnya dalam membanteras jenayah rentas sempadan, pengedaran dadah serta penipuan telekomunikasi dan siber. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata persetujuan itu dicapai dalam pertemuan dua hala bersama Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam Republik Rakyat China, Wang Xiaohong, di Beijing. Beliau […]

» Read more

Perjuangan BN Bukan Retorik, Prinsip Dipertahankan – Mohd Isam

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Pendirian dalam mempertahankan prinsip perjuangan Barisan Nasional (BN) bukan sekadar retorik, sebaliknya perlu dibuktikan melalui keberanian berpegang pada asas perjuangan parti dan mengutamakan kepentingan rakyat. Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa berkata, prinsip, maruah perjuangan dan kepercayaan rakyat tidak seharusnya dikorbankan semata-mata demi kuasa serta kedudukan politik. Menurutnya, perkembangan politik semasa semakin memerlukan […]

» Read more

Melaka Sayang Rakyat: Lebih 31,000 Rakyat Terima Manfaat MeSRa

MELAKA, 14 Okt – Lebih 31,000 rakyat telah menerima manfaat menerusi inisiatif kebajikan MeSRa yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Melaka bagi membantu meringankan beban kehidupan rakyat, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Beliau berkata, pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan bagi memastikan kebajikan rakyat terus diberikan perhatian, selain kejayaan Melaka mencapai status sifar miskin tegar. Menurutnya, setiap bantuan yang […]

» Read more

BN Tegas Pertahankan Parlimen Beaufort

BEAUFORT, 14 Okt – Barisan Nasional (BN) menegaskan pendiriannya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), selaras dengan tuntutan yang telah dinyatakan sejak awal dan kekal tidak berubah sehingga kini. Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, Beaufort merupakan kerusi yang sedang diwakili BN dan sewajarnya diberikan perhatian serius dalam sebarang rundingan pembahagian kerusi […]

» Read more

Isu Akidah & Batas Toleransi Beragama

1. Mengambil maklum akan isu yang sedang hangat diperkatakan. Isu berkaitan dengan kepercayaan dan pengamalan bukan perkara yang boleh diambil pandang remeh. Sudah pasti agama Islam meletakan garis panduan yang jelas dalam pengamalan, pegangan, kebudayaan bahkan pada hal berkaitan dengan penjagaan keharmonian. 2. Dalam hal pengamalan ini jelas tidak perlu kita bahaskan secara mendalam dan kita serahkan kepada ahlinya untuk […]

» Read more

Reformasi AIAC Perkukuh Malaysia Sebagai Hab ADR Antarabangsa – Azalina

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Reformasi melibatkan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), termasuk penubuhan Mahkamah Timbang Tara AIAC bertujuan memperkukuh kewibawaan Malaysia sebagai hab antarabangsa bagi Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR) yang diyakini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata komitmen kerajaan untuk menyokong AIAC, pada masa sama menghormati kebebasan […]

» Read more

Jerebu: Malaysia, Indonesia Bincang Kerjasama Tangani Kebakaran Hutan – Mohamad Hasan

PUTRAJAYA, 14 Okt – Malaysia dan Indonesia telah mengadakan perbincangan bagi meneroka bentuk kerjasama untuk menangani kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera yang menjadi punca jerebu rentas sempadan. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perbincangan itu melibatkan kementerian dan agensi berkaitan daripada kedua-dua negara, termasuk Kementerian Luar (KLN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), serta Majlis Keselamatan Negara (MKN). […]

» Read more

Tak Banyak Alasan: Pemuda UMNO Putrajaya Terus Santuni Rakyat

PUTRAJAYA, 14 Okt – Komitmen menyantuni rakyat diteruskan menerusi penyerahan sumbangan bakul makanan ‘Tak Banyak Alasan’ Fasa Ketiga kepada warga Putrajaya di Presint 11 oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Dr Tengku Iqbal Munawwir Tengku Adnan. Inisiatif itu bertujuan membantu meringankan beban penerima, khususnya dalam menghadapi kos sara hidup, selain memastikan kebajikan masyarakat terus mendapat perhatian. Menurut Dr Tengku Iqbal, […]

» Read more

Kerajaan Perlu Guna Kaedah Perbelanjaan Pembangunan Berasaskan Keberhasilan

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohamad berpandangan bahawa kerajaan perlu menggunakan kaedah perbelanjaan pembangunan berasaskan keberhasilan. Ujarnya, kerajaan perlu melihat struktur perbelanjaan yang membentuk belanjawan, bukan sekadar angka defisit sebagai peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). “Saya ingin memulakan dengan mendukung usaha kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal secara berperingkat. Defisit fiskal yang […]

» Read more

Pelaburan Di Melaka RM14.68 Bilion Bukti ‘BN Sayang Rakyat’

MELAKA, 14 Okt – Pencapaian pelaburan berjumlah RM14.68 bilion pada tahun 2025 yang disifatkan sebagai rekod tertinggi dalam sejarah Melaka menjadi sandaran penting kepada Barisan Nasional (BN) negeri untuk memperkukuh naratif keberkesanan pentadbiran di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Ketua Penerangan UMNO Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, perkembangan positif dalam sektor pelaburan, ekonomi dan pelancongan […]

» Read more
1 2 3 … 2,557