Perhimpunan Agung UMNO Labuh Tirai Penuh Ukhuwah – Sharkar

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Perhimpunan Agong UMNO 2021 yang menutup tirainya dengan memberi seribu makna kepada ahli parti seluruh negara. Bagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, perhimpunan yang menggambarkan permuafakatan terus terpahat dan parti terus mara melangkah ke depan. “Perhimpunan Agung UMNO yang bermula Rabu lalu dan berakhir Sabtu memberi makna segala-galanya kepada […]

» Read more

Darjat Perhimpunan Agung UMNO Melonjak

TIGA tahun Perhimpunan Agung UMNO tidak mempengaruhi dasar Kerajaan. Tetapi PAU 2021 telah mengembalikan peranan penting Perhimpunan Agung tersebut. Kali ini beberapa dasar kerajaan diumum oleh Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO setelah meneliti perbahasan oleh juru cakap. Antara lain, Ismail Sabri umum pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bermula Mei dan membatalkan pindaan terhadap Akta 342 KKM. Itu bermakna kompoun RM […]

» Read more

Jangan Jadi Ejen Pecahkan ‘Permata’ Kita – Zawawi

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan Datuk Zawawi Othman atau mesra dengan gelaran Cikgu Wi menyeru semua ahli parti agar jangan menjadi ejen pihak lawan untuk memecah-belahkan barisan kepimpinan tertinggi parti. Kata Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh itu, barisan kepimpinan pusat yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden selayaknya digelar ‘permata’ parti. Ini termasuk […]

» Read more

Kelab UMNO Platform Terbaik Mahasiswa Tanam Semangat Cintakan Negara

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Mahasiswa luar negara, Haziq Hafiz Himas berkata Kelab UMNO Luar Negara merupakan antara platform yang releven dalam melahirkan pemimpin masa depan negara. Jelasnya ia sebagai salah sebuah badan yang membantu mahasiswa di luar negara agar dapat menyemaikan kecintaan pada negara lebih baik. “Sebagai satu-satunya pertubuhan pelajar di luar negara di bawah naungan parti politik, kita […]

» Read more

Pejuang UMNO Tidak Pernah Mengalah, Tidak Akan Undur – Mohd Noor

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Pembahas dari negeri Pulau Pinang Datuk Mohd Noor Ahmad menjelaskan perjuangan UMNO tetap sama dari dahulu hingga sekarang dan selamanya untuk membela serta prihatin pada rakyat. Kata Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu, selari dengan slogan UMNO iaitu Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat yang mana perjuangan UMNO ini tidak pernah mengalah dan meninggalkan perjuangan tersebut. “Pejuang […]

» Read more

PRU-15 Untuk Anak Muda… Siapa Bijak Lakari Naratif Akan Jadi Pilihan – Wakil Puteri

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Pembahas usul dari Puteri UMNO, Norfadzlete Aryani Mat Rosli berkata Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah pilihan raya yang akan melibatkan lebih ramai pengundi yang terdiri daripada golongan muda. Justeru beliau menyeru pelbagai peringkat kepimpinan parti kembali merapatkan barisan untuk sama-sama merangka strategi dan terus bergerak ke depan dalam usaha memastikan kemenangan parti. “PRU akan […]

» Read more

Ahmad Maslan Rakam Penghargaan, Terima Kasih Jayakan PAU 2021

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merakamkan ucapan penghargaan dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya 5,542 perwakilan serta para pemerhati yang telah hadir dalam menjayakan Perhimpunan Agung UMNO 2021. Persidangan yang berlangsung selama empat hari bermula Rabu telah melabuhkan tirai dengan perjalanan PAU 2021 berlangsung lancar. “Terima kasih setulusnya kepada 5,542 […]

» Read more

Ismail Sabri Pikat Hati Pemimpin, Perwakilan UMNO

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Selepas empat hari bersidang, Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang berakhir hari ini menyaksikan Datuk Seri Ismail Sabri ‘mencuri’ tumpuan dengan pengumuman beberapa berita gembira yang disambut baik oleh perwakilan dan ahli parti serta rakyat. Berucap ketika penggulungan atas kapasiti Naib Presiden UMNO, setiap pengumuman Perdana Menteri mendapat tepukan gemuruh perwakilan yang bangun sebagai tanda sokongan […]

» Read more

Ismail Sabri Jamin PRU15 Akan Dibincangkan Dalam “Top Five” UMNO

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan isu pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan dibincang dalam kalangan “Top Five” UMNO. “Top Five” merujuk kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri […]

» Read more

Pemilihan Parti UMNO Ditangguh Enam Bulan Selepas PRU – Mohamad

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Perhimpunan Agung UMNO 2021 meluluskan usul supaya pemilihan parti ditangguh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan parti berkata perkara yang hangat dibangkitkan dalam parti sejak akhir-akhir ini telah selesai dan meminta Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan […]

» Read more
1 2 3 10