PN Langgar Akta Pilihan Raya, Belanja Lebih RM100 Ribu Satu Calon Sepanjang Kempen – Lokman Adam

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Perikatan Nasional (PN) telah melanggar Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana telah membelanjakan lebih RM100,000 untuk seorang calon sepanjang tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu. Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam berkata, PPBM/PN bijak dalam menggunakan wang yang diterima sehabis baik dengan menguasai pelbagai platform media sosial. “PPBM ini saya lihat […]

» Read more

UMNO Buat Post Mortem PRN Nilai Kelemahan

SERDANG, 15 Ogos – UMNO akan mengadakan post mortem bagi mengenal pasti kelemahan yang menyumbang kepada kekalahan di kerusi yang ditandingi parti itu, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri Sabtu lepas, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Mengulas desakan agar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur ekoran keputusan PRN yang tidak menyebelahi […]

» Read more

BN-PH Berjaya Halang Gelombang Hijau Pada PRN, Kerajaan Perpaduan Perlu Terus Dipertingkat

SAYA senada dengan kenyataan Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), YB Fahmi Fadzil bahawa gabungan perpaduan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan berjaya menghalang gelombang hijau pada Pilihan Raya Umum di enam negeri Sabtu lalu. Saya juga bersetuju bahawa Kerajaan Perpaduan perlu meneliti dan mempertingkatkan pemilihan calon, jentera, manifesto, polisi dan atur kerja kempen menjelang PRU16 nanti. Masa yang lebih panjang ini […]

» Read more

Wanita BN Hormati Mandat Rakyat, Hargai Kerjasama Jentera Parti – Wanita

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Wanita Barisan Nasional (BN) menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada BN bersama dengan rakan-rakan gabungan Kerajaan Perpaduan di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN). Pengerusinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata mandat tersebut telah diterjemahkan dengan status quo yang sama. “Tiga negeri masih ditadbir oleh Perikatan Nasional, manakala Kerajaan Perpaduan masih lagi terus diberikan […]

» Read more

Bawa Suara Rakyat Perlu Diutama, Berani Berubah Jika Tidak Mahu UMNO Dilupakan – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Mohd Akmal Salleh berkata bahawa ramai yang bercakap mengenai kekalahan UMNO yang besar berbanding dengan kemenangan besar parti lain. Maksud kata beliau, ramai yang masih sayangkan UMNO tetapi tidak percaya pada UMNO. “Tugas pemimpin UMNO kali ini adalah untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO. “Membawa suara rakyat perlu diutamakan […]

» Read more

Kemenangan Parti Kerajaan Perpaduan Di Selangor Bukti Rakyat Iktiraf Kerjasama PH-BN

KLANG, 13 Ogos – Kemenangan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor membuktikan rakyat mengiktiraf kerjasama PH-BN, kata Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. Beliau berkata keputusan itu juga menunjukkan kerjasama yang baharu dibentuk itu diterima rakyat untuk diberikan amanah meneruskan pentadbiran kerajaan negeri. “Terima kasih kepada pengundi kerana telah memastikan […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan PH-BN Menang Bergaya, Raih 31 Kerusi Dun Di Negeri Sembilan

SEREMBAN, 13 Ogos – Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mencipta kemenangan bergaya apabila menguasai 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Pengerusi PH negeri Datuk Seri Aminuddin Harun berkata hasil kerja keras dan sokongan padu semua kepimpinan parti, PH berjaya memenangi 17 kerusi sementara BN 14 kerusi meskipun kedua-dua […]

» Read more

BN Kedah Akur, Terima Kekalahan PRN – Mahdzir

ALOR SETAR, 13 Ogos – Barisan Nasional (BN) Kedah akur dengan kekalahan an menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini. Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Perikatan Nasional (PN) yang berjaya membentuk kerajaan negeri. “BN tetap berterima kasih kepada seluruh rakyat Kedah. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima […]

» Read more

PH-BN Bentuk Kerajaan Perpaduan Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 13 Ogos – Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang selepas memenangi majoriti dua pertiga iaitu 29 kerusi daripada 40 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata dengan kemenangan ini Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri akan dibentuk dan istiadat mengangkat sumpah […]

» Read more

Jalaluddin Ucap Penghargaan Sokongan Rakyat Negeri Sembilan Kepada BN-PH

SEREMBAN, 13 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias merakamkan penghargaan kepada rakyat di negeri ini yang memberikan kepercayaan kepada kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri. Jelas beliau, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) ini memberikan manifestasi tersendiri kepada BN-PH untuk memberikan khidmat terbaik buat rakyat. “Penghargaan kepada semua pengundi di […]

» Read more
1 2 3 41