Panduan Borang Menubuhkan Cawangan Baru

  • Mesyuarat penaja bagi menubuhkan cawangan baru perlu diadakan dengan terdiri daripada sekurang-kurangnya 15 orang Ahli Jawatan Kuasa.
  • Permohonan menubuhkan cawangan penaja tersebut perlu dikemukakan secara rasmi kepada pihak Bahagian.
  • Manakala pihak Bahagian pula akan membawa permohonan tersebut ke Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Bahagian. Sebarang keputusan perlu dimaklumkan secara rasmi kepada Ketua atau Setiausaha Penaja cawangan berkenaan.
  • Setelah selesai proses tersebut, Bahagian perlu mengemukakan permohonan kebenaran menubuhkan cawangan baru kepada Ibu Pejabat dengan dokumen  seperti berikut :
    • Surat sokongan membenarkan penubuhan cawangan baru berserta minit mesyuarat Bahagian mengenai perkara tersebut.
    • Senarai Ahli Jawatan Kuasa Penaja Cawangan.
    • Minit Mesyuarat Cawangan Penaja.
    • Borang permohonan menjadi ahli baru sekurang-kurangnya 50 orang termasuk Ketua Penaja sendiri berserta salinan kad pengenalan dan yuran RM2 setiap ahli.
    • Wang tunai RM10 bagi setiap permohonan Cawangan Baru.