BN Hadir Sebagai Solusi, Bukan Punca Masalah – Jafry

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Barisan Nasional  (BN) Sabah menerima dengan terbuka keputusan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu selain tidak mempunyai kuasa untuk membentuk kerajaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Jafry Ariffin berkata dalam sistem demokrasi, suara rakyat adalah mandat tertinggi. Menurut beliau yang dilantik Ahli Kabinet Kerajaan Sabah yang baharu, BN negeri telah bersedia […]

» Read more

Pasca-PRN Sabah: BN Masih Utuh, PN Tak Boleh ‘Dabik Dada’ – Zawawi

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Zawawi Othman berpandangan bahawa kemenangan Barisan Nasional (BN) di enam kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini menunjukkan bahawa parti ini masih utuh di negeri tersebut. Ujarnya, pandangan itu dibuat setelah melihat kepada jumlah kerusi yang dimenangi oleh semua parti. “Keputusan PRN Sabah baru-baru ini memperlihatkan kedudukan […]

» Read more

PRN Sabah… Kertas Ujian ‘Litmus’, Nilai Kedudukan UMNO/BN Dalam Halatuju Politik

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berpandangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah umpama kertas ujian ‘litmus’ untuk menilai kedudukan UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam halatuju politik. Menerusi hantaran di laman Facebooknya beliau menegaskan bahawa BN masih lagi parti yang terbaik di antara ketiga-tiga parti semenanjung yang bertanding pada PRN Sabah. […]

» Read more

Pasca-PRN Sabah: BN Sedia Bekerjasama, Bentuk Kerajaan Negeri Baharu

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Barisan Nasional (BN) bersedia untuk bekerjasama dan menyokong pembentukan Kerajaan Negeri Sabah yang baharu di bawah kepimpinan Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor. Setiausaha Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerusi satu kenyataan berkata, BN merakankan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada calon-calon BN pada PRN baru-baru ini. […]

» Read more

PRN Sabah: Muhasabah… Bangkit, Kembali Lebih Kuat – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyeru seluruh pejuang UMNO untuk menjadikan keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah sebagai satu muhasabah dan kembali bangkit dengan lebih kuat. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, para pemimpin UMNO Sabah ikhlas menerima keputusan yang terzahir dari suara […]

» Read more

Raikan Semangat Demokrasi, Norliza Ucap Terima Kasih kepada Pengundi dan Jentera BN PRN Sabah

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh pengundi Sabah yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan penuh kesedaran serta semangat demokrasi. Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengundi yang memberikan kepercayaan dan sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional (BN), sambil […]

» Read more

BN Hormati Keputusan PRN Sabah 2025, Sedia Bekerjasama Bentuk Kerajaan Stabil

KOTA KINABALU, 29 Nov — Barisan Nasional (BN) merakamkan penghargaan kepada semua pengundi di Sabah yang telah memberikan kepercayaan kepada calon-calon parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses pilihan raya yang menyaksikan 596 calon bertanding itu membuktikan kesuburan demokrasi di negeri berkenaan. “Keputusan ini membuktikan bahawa Barisan Nasional […]

» Read more

PRN Sabah: Keputusan Tidak Rasmi, Tiada Parti Boleh Bentuk Kerajaan

KOTA KINABALU, 29 Nov – Proses pengiraan undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sedang berlangsung dan keputusan tidak rasmi setakat jam 8.30 malam menunjukkan BN menang di sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Hal ini disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi laman Facebooknya. Setakat ini keputusan tidak rasmi, BN menang di: 1. Lamag 2. […]

» Read more

PRN Sabah: Semua 882 Pusat Mengundi Ditutup 5.30 Petang

KOTA KINABALU, 29 Nov – Kesemua 882 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah ditutup sepenuhnya pada 5.30 petang ini. Penutupan pusat-pusat pengundian melibatkan 3,599 saluran itu dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan dan jumlah pengundi berdaftar, selepas dibuka tepat 7.30 pagi tadi. Lebih 1.74 juta pengundi biasa layak menunaikan hak mereka hari ini bagi memilih wakil rakyat […]

» Read more

Bung Moktar Selesai Mengundi Di Kinabatangan

KOTA KINABALU, 29 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin selesai menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, pada 11.20 pagi. Bung Moktar, yang juga calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam, Kinabatangan. Beliau yang merupakan penyandang kerusi itu berdepan saingan enam penjuru pada […]

» Read more
1 2 3 37