Bendera UMNO

Bendera UMNO : ‘Sang Saka Bangsa’

Bendera UMNO mengandungi empat warna, iaitu merah, putih, kuning dan hijau.

  • Merah bererti Keberanian.
  • Putih bermakna Kesucian dan Keikhlasan.
  • Kuning bagi bulatan di tengah ialah lambang raja.
  • Hijau warna keris di tengah adalah lambang agama Islam dan juga melambangkan tamadun Melayu.

Pengertian ‘Sang Saka Bangsa’

Sang Saka Bangsa merupakan nama baru yang diberi kepada bendera UMNO. Namanya secara rasminya telah diiktiraf pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

  • Sang adalah gelaran yang bersopan, dipakai pada orang-orang zaman dahulu kala. Gelaran ini menunjukkan kesopanan dan tingginya budaya orang Melayu.
  • Saka pula ialah peninggalan sesuatu keturunan Melayu yang berkaitan dengan rohaniah atau semangat sebagai kewibawaan keturunan tersebut.
  • Bangsa membawa maksud ‘Orang Melayu’ yang menjadi bangsa yang berdaulat dan bangsa yang diperjuangkan hak dan maruahnya oleh UMNO.