Tiga Tahun Menggalas Amanah Kenegaraan, UMNO Tampil Dengan Prestasi – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hampir tiga tahun UMNO menggalas amanah kenegaraan bersama Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik dan kepentingan negara. Menurut Timbalan Perdana Menteri itu, walau dihujani tohmahan, disimbah dengan cemuhan, dituduh menggadai roh perjuangan, UMNO tetap kekal dengan prinsip kenegaraan, menjunjung amanah bangsa demi menyelamatkan tanah air daripada terjerumus […]

» Read more

Kelab UMNO Luar Negara Duta Kecil Parti, Berkhidmat Kepada Diaspora

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Kelab UMNO Luar Negara (KULN) berperanan sebagai ‘duta kecil’ parti dan negara dalam menyampaikan suara mahasiswa dan kebajikan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara kepada kepimpinan di tanah air. Ahli Kelab UMNO Luar Negara Mesir, Aiman Adely berkata, KULN menjadi penghubung utama dalam membawa isu-isu berkaitan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar […]

» Read more

Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa Ditubuhkan, UMNO Rumah Asal Politik Melayu

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa bagi menerima kemasukan semula mana-mana pihak kepada UMNO. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ia bertujuan membuka ruang seluas-luasnya kepada penyatuan hubungan dalam kalangan warga parti demi memastikan UMNO kekal relevan dan terus menjadi wadah perjuangan bangsa, agama dan tanah air. […]

» Read more

Pertambahan Ahli Tidak Jamin Kemenangan, PRN Sabah ‘Wake Up Call’

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan pertambahan seramai 46,655 ahli pada 2025, menjadikan jumlah keseluruhan keahlian parti mencecah 3.525 juta. Namun, kata beliau, angka tersebut perlu dilihat secara realistik kerana ahli tidak semestinya menjadi pengundi, dan pengundi tidak semestinya kekal bersama parti. “PRN (Pilihan Raya Negeri) Sabah menjadi satu ‘wake up call’ […]

» Read more

Pembentukan Sekretariat Digital UMNO Dan FAQ

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Penerangan UMNO Malaysia ingin menjelaskan secara ringkas dan mudah berhubung cadangan penubuhan SEKRETARIAT DIGITAL UMNO seperti dikemukakan oleh YB Ketua Penerangan UMNO Malaysia semasa Simposium Penerangan UMNO Malaysia ”Politik Era Digital”. Penubuhan Sekretariat Digital ini adalah selari dengan keperluan politik semasa yang semakin beralih ke ruang digital, serta keperluan untuk memperkukuh penyelarasan naratif dan operasi […]

» Read more

Bersatu Di Bawah Sang Saka Bangsa, PAU 2025 Bermula

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Tirai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 dibuka dengan penuh simbolik apabila bendera keramat parti, ‘Sang Saka Bangsa’ mula berkibar megah di perkarangan Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), pagi ini. Bermula jam 8.00 pagi, upacara menaikkan bendera dimulakan dengan nyanyian lagu Wanita UMNO, diikuti Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO, yang disempurnakan oleh ketua-ketua pergerakan […]

» Read more

Kematangan Pemuda Cerminan Kekuatan UMNO – Wakil MKT

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Faizal Ramli melihat perbahasan yang dibangkitkan oleh para wakil Pemuda bukanlah sekadar bersifat emosi atau retorik semata-mata, tetapi lahir daripada keprihatinan mendalam terhadap nasib parti, masa depan perjuangan, serta kedudukan UMNO dalam landskap politik negara hari ini. “Ada suara yang lantang, ada teguran yang keras, dan ada […]

» Read more

Pemuda UMNO Komited Kukuhkan Parti – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh menegaskan beliau akan menggunakan sepenuhnya masa yang ada selepas ini untuk turun ke akar umbi dalam usaha memperkukuh perjuangan parti, khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, serta Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Menurut beliau, selepas tidak lagi berada dalam barisan Exco […]

» Read more

Puteri UMNO Berkesungguhan Tinggi Kembalikan Kekuatan Parti

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah berkata semangat yang ditunjukkan perwakilan Pergerakan Puteri UMNO mencerminkan kesungguhan tinggi untuk mengembalikan kekuatan parti di semua peringkat. Menurutnya, suasana persidangan yang dipenuhi semangat positif dan sikap terbuka wajar dijadikan contoh oleh seluruh jentera parti, khususnya dalam mendepani cabaran politik semasa. “Perwakilan Pergerakan Puteri […]

» Read more

PAU 2025: Perjuangan Wanita UMNO Daripada Pendidikan Hingga Kuota 30 Peratus Calon – Noraini

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berpandangan bahawa sistem pendidikan merupakan simbol penyatuan rakyat. Rentetan itu beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang diperjuangkan oleh segelintir pihak perlu dinilai secara lebih rasional dan seiring dengan dasar pendidikan negara serta kepentingan perpaduan nasional. “Sebenarnya UEC […]

» Read more
1 272 273 274 275 276 2,356