Pindaan Perlembagaan Akan Sesuaikan UMNO Dengan Politik Masa Kini – Shamsiah

KUALA LUMPUR, 27 April- Exco Wanita UMNO, Datuk Shamsiah Md Yassin melihat langkah parti yang merancang untuk melakukan beberapa pindaan Perlembagaan UMNO bakal mengukuhkan lagi parti ke tahap yang terbaik khususnya dalam mendepani cabaran politik semasa pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Menurut beliau dengan kedudukan semasa UMNO yang hari ini bukan lagi menjadi kerajaan, tentunya pindaan perlembagaan itu sedikit […]

» Read more

Perkasakan Agenda Penyatuan Ummah… Akibat Perpecahan, Orang Melayu Terpinggir Di Bumi Sendiri

KUANTAN, 27 April – Adalah menjadi hasrat dan tekad bagi kedua-dua parti orang Melayu terbesar di negara ini untuk memastikan agenda penyatuan ummah mesti diperkasakan, ujar Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan. Tegasnya, ini kerana tidak ada formula atau resepi selain rakyat mesti bersatu padu kerana perpecahan yang berlaku terutamanya di kalangan orang Melayu dan […]

» Read more

Lautan Pendukung Agenda Perpaduan Ummah Banjiri Padang MPK1, Penuh Komitmen

KUANTAN, 27 April – Lautan rakyat dengan tema berbaju putih membanjiri Padang MPK 1, di sini malam tadi bagi menunjukkan ekspresi bersatu hati mendukung agenda perpaduan ummah di negara ini. Rakyat yang hadir dari pelbagai latar belakang agama, kaum dan parti mahupun dari badan-badan bukan kerajaan (NGO) bersama-sama berkumpul menyatakan perlunya agenda rakyat bersatu padu demi kesejahteraan negara. Jelas kehadiran […]

» Read more

UMNO PAS Teruskan Jelajah Perpaduan Ummah, Tolak Ketidakfahaman Dan Putar-belit Sesetengah Pihak

KUANTAN, 27 April – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata jelajah perpaduan ummah yang diusahakan oleh UMNO dan PAS berperanan sebagai medium penerangan kepada rakyat mengenai kepentingan bersatu padu dan demi kesejahteraan negara. Jelas Mohamad yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, ia juga bagi mengelakkan agenda penyatuan ummah disalahfaham serta diputar-belitkan oleh sesetengah pihak yang mempunyai agenda-agenda tertentu. “Kita […]

» Read more

Menjelang Setahun Pemerintahan PH, Tak Ada Apa Sekadar Bertukar Kulit – Din Adam

KUALA LUMPUR, 26 April – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Din Adam percaya menjelang setahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyedarkan rakyat bagaimana pretasi mereka yang hanya sekadar bertukar kulit semata-mata. Menurut beliau sepertimana yang diperkatakan oleh masyarakat umum, mereka kadangkala bukan hanya sekadar ‘copy paste’, u-turn dan sebagainya lagi malah secara jelas tidak menampakkan sesuatu dasar baru […]

» Read more

UMNO Sabah Makin Utuh, Positif Atasi ‘Trauma’… Akar Umbi Tekad Teruskan Perjuangan

SANDAKAN, 26 April – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raime Unggi berkata, UMNO Sabah kini berjaya mengatasi ‘trauma’ kekalahan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dengan kembali menguatkan akar umbinya disetiap bahagian dan cawangan. Jelas beliau, selepas kekalahan UMNO pada 5 Mei lalu, tidak dinafikan sememangnya wujud cawangan yang ‘tidur’ namun kini hampir kesemua cawangan di Sabah semakin bersemangat demi mengambalikan […]

» Read more

Gelar Ahli Akademik ‘Kangkung’, Menteri Perlu Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 26 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Muhamad Nur Aizat Noor Azam membidas kenyataan Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah yang menyifatkan ahli akademik yang tidak bersependapat dengan keputusan Kabinet untuk meratifikasi Statut Rom sebagai profesor kangkung. Jelas beliau, kenyataan tersebut amat memalukan malah merendahkan penghormatan diri seorang menteri. “Rumusan yang disediakan oleh empat orang ahli […]

» Read more

Macam Mana Anwar Nak Tolak Jawatan Menteri Kewangan… PH Pun Tak Tawarkan Apa-apa…

KUALA LUMPUR, 26 April – Penganalisa Politik tempatan, Azizi Safar membidas kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau akan menolak jawatan Menteri Kewangan sekiranya ditawarkan atas alasan kekangan ekonomi negara yang tidak menentu. Jelas beliau, bagaimana Anwar mahu menolak sedangkan tawaran pun tidak dikemukakan dan Anwar perlu ingat bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak akan mudah lupa tentang […]

» Read more

Dilema Rakyat: Harapan Dalam Kegusaran

Bagi menjawab cabaran politik dan anjakan paradigma rakyat yang sentiasa berkembang dan berubah, pimpinan UMNO dan BN memerlukan tahap kompetensi keilmuan, kemahiran dan seni berpolitik yang tinggi. Memahami apakah dilema dan denyut nadi rakyat melalui Fiqh Perubahan (Fiqh al-Taghyir) dan Fiqh Realiti (Fiqh al-Waqi’) akan memberikan kelebihan kepada UMNO dan BN menyantuni harapan dan kegusaran rakyat. Rakyat berada dalam dilema […]

» Read more

NGO GerakPadu Rancang Himpunan 4 Mei Ini Jika Kerajaan Terus Dolak Dalih Isu Statue Rome

KUALA LUMPUR, 25 April – Pengerusi Gabungan Gerakan Perpaduan Kebangsaan (GerakPadu), Datuk Mohd Razlan Rafii menggesa agar kerajaan menyatakan secara jelas berhubung status sebenar Statut Rom yang hari ini dilihat ditimbulkan kembali oleh pihak kerajaan. Menurut beliau melihat kepada situasi hari ini, kerajaan Pakatan Harapan dengan menggunakan agensi kerajaan dan juga semua media untuk mempengaruhi rakyat bagi mereka meratifikasi Statut […]

» Read more
1 2,233 2,234 2,235 2,236 2,237 2,438