Rahman Bidas Warisan/PH Tetap Terus PSS, Tak Peduli Majoriti Suara Rakyat Sabah

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata majoriti rakyat negeri Sabah kecewa apabila Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyddin Yassin mengumumkan kerajaan akan terus melaksanakan Pas Sementara Sabah (PSS).

Soalnya, tidakkah kerajaan pusat dan kerajaan negeri memahami majoriti rakyat Sabah tidak mahu PSS dilaksanakan.

“Mereka menolak cadangan ini dengan sekeras-kerasnya. Dari awal pengumuman PSS pada bulan September 2019 sehinggalah sekarang, terlalu banyak isu kontroversi yang menyelubungi PSS ini.

“Majoriti penduduk Sabah merasakan ianya satu cadangan yang mempunyai banyak kelompongan dengan berbagai-bagai kelemahan.

“Penjelasan demi penjelasan dari kerajaan Warisan gagal untuk meyakinkan penduduk Sabah. Malah penjelasan mereka menambah lebih banyak isu berbangkit yang tidak mampu dijawab dengan jelas,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Tuaran mengulas mengenai kenyataan Muhyiddin yang menegaskan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meneruskan sistem PSS tersebut.

Ini jelas berbeza dengan harapan rakyat negeri Sabah yang berharap agar PH membatalkan pelaksanaan PSS pada Jun nanti atau paling tidak penundaan, ujar Abdul Rahman.

Justeru tambah Abdul Rahman, keputusan yang sewajarnya dibuat oleh kerajaan pusat dan kerajaan Warisan/PH ialah untuk membatalkan perlaksanaan PSS.

“Walaupun Tan Sri Muhyddin berkata cadangan ini dibuat oleh Jawatankusa Pengurusan Warga Asing semasa Barisan Nasional (BN) memerintah, dasar ini tidak dilaksanakan oleh kerajaan BN kerana BN tahu masih banyak isu dan permasalahan berhubung kait dengan PSS ini terutamanya isu penerimaan rakyat Sabah.

“Kalau isu sepanas PSS ini yang terang dan jelas ditolak oleh majoriti rakyat Sabah, apalah gunanya kepimpinan Warisan mendabik dada kononnya mereka akan mendengar suara rakyat Sabah dan bukannya suara Kuala Lumpur? Soalnya lagi.

Kalau begitu lebih baik #UbahBalik, tegasnya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.