Pengundi Tidak Perlu Gusar Sebarang Ugutan – Hasnol

KIMANIS, 12 Jan – Hari berkempen yang memasuki fasa kedua dilihat makin meriah dan Barisan Nasional (BN) tidak ketinggalan apabila menggunakan medium Diskusi Rakyat dalam usaha menerangkan isu-isu semasa dalam usaha menarik keyakinan pengundi kepada calon BN, Datuk Mohamd Alamin 18 Januari ini.

Dengan barisan pimpinan UMNO setempat yang menjadi ahli panel serta kombinasi pimpinan muda selain Ketua Penerangan UMNO sendiri Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, Shahrol Shiro turut tampil bersama di pentas berkenaan.

Bertempat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Batu Enam, dewan yang menempatkan program berkenaan padat dengan kehadiran penduduk setempat yang cukup bersemangat melaungkan ‘war cry’ ‘Radu Tatap Radu’ dan ‘Radu Sampai Rata’.

Ketua UMNO Penampang, Datuk Hasnol Datuk Ayub mengingatkan pengundi agar tidak takut jika diugut dengan sebarang ugutan pembangunan dan sebagainya kerana jika dilihat pada hari ini apa yang telah laksanakan oleh kerajaan.

“Apa yang sudah diberikan…apa yang sudah dibagi…yang ada Pas Sementara Sabah (PSS). Yang betul dan yang benar kita mesti tegakkan. Yang mana tidak betul dan yang mana tidak benar itu yang kita buang.

“Kita tidak boleh menegakkan benang yang basah. Kalau kita bandingkan dengan kerajaan BN sebelum ini, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) RM1,200, daripada itu kita mendapat manfaat. Pesawah, peladang, penoreh getah, orang muda, orang tua semua ada diberikan subsidi.

“Kalau dulu sebelum buka sekolah berjalan semua parti-parti komponen beri beg sekolah, kasut sekolah, alat tulis dan macam-macam. Itu antara sebahagian. Belum masuk bab-bab lain lagi,” katanya.

Ulasnya lagi tugas kerajaan adalah menangani masalah untuk kepentingan dan kebajikan rakyat secara keseluruhan.

“Saya ambil contoh..saya sebagai suami ambil pinjaman kereta, pinjaman rumah…dan adakah disebabkan saya membuat pinjaman berkenaan keluarga tidak boleh makan…anak-anak saya tidak boleh pergi sekolah. Anak-anak saya tidak boleh membeli mainan. Semua ini gara-gara kerana saya berhutang. Beginikah kita menguruskan keluarga kita. Begitulah perumpamaan kerajaan hari ini.

“Jadi kerajaan tidak boleh bercakap hari ini kami berhutang..itu tugas dia sebagai kerajaan. Tugas sebagai kerajaan adalah menangani masalah-masalah ekonomi dan untuk memberikan pembelaan kepada rakyat di bawah.

“Kita pilih kerajaan kerana kita mahu kerajaan membela kita. Masalah masing-masing. Mereka adalah wakil kepada kita. Atasi masalah ekonomi. Cuba kita tengok dividen ASB (Amanah Saham Bumiputera) yang terendah dalam sejarah. Banyak lagi yang lain.” ujarnya.

Tambahnya lagi sebelum ini pun di bawah kerajaan BN juga berhutang namun tidak kedengaran agar tidak diberikan itu dan ini gara-gara kerana tanggungan hutang.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.