Kami Tetap Pilih BN, Warisan Menang Sebab ‘Lompat’, Bukan Rakyat Pilih – Pengundi

KIMANIS, 10 Jan – Walaupun Barisan Nasional (BN) sebenarnya memenangi negeri Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu tetapi kerana faktor melompat parti, akhirnya terpaksa akur dengan undang-undang yang menyaksikan Warisan menjadi kerajaan negeri. Warisan pro-Pakatan Harapan (PH) dilihat oleh rakyat gagal untuk mentadbir Sabah dengan baik malah pemimpinnya juga disifatkan tidak mesra rakyat. Kini, apabila berlakunya Pilihan […]

» Read more

Pelaksanaan PSS Seperti Ada Agenda Tersembunyi – Kamarlin

MEMBAKUT, 10 Jan – Rakyat Sabah terutama pengundi-pengundi di Kimanis masih keliru dengan isu Pas Sementara Sabah (PSS) yang ketika ini hangat dibualkan sepanjang kempen. Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Datuk Kamarlin Ombi berkata, rata-rata rakyat yang ditemui melahirkan rasa keliru dengan isu PSS kerana banyak kenyataan bercanggah mengenai perkara itu daripada pihak kerajaan. Katanya, menurut kenyataan Datuk Peter Anthony, PSS […]

» Read more

Sangkal Cadangan PSS Dimulakan Zaman Kerajaan BN – Zahid

KIMANIS, 10 Jan – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman yang mengatakan cadangan pengeluaran Pas Sementara Sabah (PSS) sudah dimulakan oleh kerajaan terdahulu yang bertujuan antara lain mengkoordinasikan tiga dokumen berbeza oleh tiga agensi yang dilihat menyukarkan pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen membuat penguatkuasaan. Tegasnya, ketika […]

» Read more

Tuduhan Shafie BN Tidak Bangunkan Sabah Ibarat Meludah Ke Langit…

KIMANIS, 10 Jan – Penceramah bebas Noran Zamini Jamaluddin berkata, tuduhan Ketua Menteri Sabah kononnya Barisan Nasional (BN) tidak membantu pembangunan di negeri Sabah ibarat meludah ke langit, terkena muka sendiri. Jelas beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Mak Long’, ini kerana Shafie dulunya adalah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) selama tujuh tahun dan dialah yang bertanggungjawab untuk ‘menjaga’ […]

» Read more

‘Senjata Makan Tuan’: Pendedahan SPRM Mendedahkan Kesahihan Coup Detat

SPRM mendedahkan rakaman perbualan berprofil tinggi tanpa sebarang penjelasan lengkap dan siasatan terlebih dahulu. Ia senjata makan tuan. Sebabnya, rakaman itu bertukar menjadi bukti memang wujud konspirasi peringkat tertinggi untuk menyingkir Najib ketika itu. Ia adalah “coup detat” tanpa senjata. Cukup menggunakan “charge sheet” untuk mendakwa Najib. Supaya akhirnya Najib meletak jawatan. Lathefaa mendakwa rakaman telefon antara Najib, Ts Zul […]

» Read more

PRK Kimanis: Shahrol Shiro, Mak Long Gamatkan Pentas Diskusi Rakyat

KIMANIS, 10 Jan – Pelawak tanah air, Shahrol Shiro sekali lagi menggamatkan pentas Diskusi Rakyat anjuran Penerangan UMNO Malaysia. Jika sebelum ini Shahrol pernah menggamatkan pentas sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019, kali ini Shahrol didatangkan khas ke Sabah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis. Selain Shahrol, penceramah bebas Noran Zamini Jamaluddin yang sering membawa suara ‘Mak Long PTPTN’ turut sama […]

» Read more

PRK Kimanis: Tidak Ada PDM Ditutup, Jentera Tetap Setia Pada BN

KIMANIS, 9 Jan – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raimi Unggi berkata operasi parti di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandau berjalan seperti biasa malahan kempen oleh jentera juga berjalan dengan lancar sepertimana dirancang. Menurut beliau jentera di PDM berkenaan tidak terganggu dengan penyertaan Ketua Sub Markas, Rajali ke dalam parti Warisan sepertimana yang diuar-uarkan. “Saya ingin memaklumkan sub markas sahaja. […]

» Read more

Beri Kepercayaan Kepada Datuk Moh Bawa Suara Rakyat Di Parlimen – Zahid

KIMANIS,9 Jan – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak pengundi di Parlimen Kimanis agar memberikan kepercayaan kepada calon BN, Datuk Mohamad Alamin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan 18 Januari depan untuk kepentingan rakyat Kimanis dan Sabah itu sendiri. Menurut beliau dengan kepercayaan tersebut, suara ahli parlimen BN daripada Sabah akan bertambah yang mana […]

» Read more

Hebah Rakaman Audio: Apa Motif SPRM Sebenarnya…? – Hariri

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohd Noor terkilan dengan tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya yang dianggap tidak wajar dan mempunyai motif tertentu selain sengaja mahu memalukan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Jelasnya, sewajarnya SPRM tidak perlu mengadakan sidang media dan harus tahu menilai […]

» Read more

PRK Kimanis: Menangkan Calon BN, Hantar Mesej Kebangkitan Rakyat Sabah – Najmil

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis merupakan cabaran terbaru selepas kemenangan yang besar di Tanjung Piai dan rakyat hasrus hantas mesej kebangkitan atas kegagalan Pakatan Harapan (PH) dan Warisan. Jelas beliau, pengundi di Kimanis perlu melihat secara rasional dalam menilai pencapaian Barisan Nasional (BN) selama […]

» Read more
1 … 2,235 2,236 2,237 2,238 2,239 … 2,526