PSS Ibarat Bom Jangka Yang Akan Musnahkan Masa Depan Rakyat Sabah

KIMANIS, 12 Jan – Ketua UMNO bahagian Papar Jamal Nerubi berkata, Pas Sementara Sabah (PSS) ini ibarat bom jangka yang akab meletop pada bila-bila masa sahaja.

Jelas beliau, sekiranya isu ini tidak ditentang maka ia akan membawa musibah kepada anak bangsa Sabah akan datang.

“Saya tidak akan pernah bosan menceritakan mengenai PSS ini kerana ia bukan isu politik. Ini adalah isu kemakmuran warga Sabah dan kalau bukan kita yang mengambil kira, siapa lagi.

“PSS adalah bom jangka yang bila-bila akan meletop. Bayang bila PTI (Pendatang Tanpa Izin) diberi PSS, apa akan jadi? Kementerian Dalam Negeri sudah umumkan bahawa PSS akan dilaksanakan ikut jadual jadi saya menyeru kepada swmua untuk kita nyatakan bantahan.

“Kita tidak boleh berkompromi, bersekongkol… Radu tatap radu…,” ujar beliau ketika berkempen bersempena dengan PRK Kimanis di PDM Kabang malam tadi.

Jamal turut membidas kenyataan demi kenyataan pemimpin Warisan kononnya PSS ini tidak akan mengganggu hak rakyat Sabah.

“Ini semua kenyataan bodoh. PTI yang dapat PSS katanya akan ditempatkan di sebuah pulau, kalau diletak di pulau mesti kerajaan negeri kena sediakan api dan air. Peruntukan itu adalah hak rakyat Sabah.

“… kenapa peruntukan hak rakyat Sabah digunakan untuk mereka? Sebab itu kita kena bantah. Bagaimana mahu bantah? Undilah calon nombor satu… Datuk Mohamad Alamin,” tegas beliau. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.