PRK Kimanis: Jangan Sesekali Jual Undi Kepada Kerajaan Yang Gagal

KIMANIS, 12 Jan – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sabah Mohd Kurniawan Naim Moktar berkata, anak muda jangan sesekali takut dan harus berani bangkit untuk perjuangkan hak Sabah.

Jelas beliau, walaupun diugut, anak muda tidak harus tunduk dan jangan sesekali menjual undi kepada sebuah kerajaan yang tidak tahu mentadbir dengan baik.

“Jika anak muda berani untuk bangkit maka kerajaan akam berfikir dua kali untuk melaksanakan PSS (Pas Sementara Sabah).

“Ini adalah masa depan anak bangsa kita, jadi kita jangan takut walaupun ditekan. Jika bukan kita yang memperjuangkan masa depan kita, siapa lagi?” ujar beliau ketika menjadi tetamu jemputan program Diskusi Rakyat anjuran Penerangan UMNO Malaysia di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dindong petang tadi.

Tambah Naim, kerajaan hari ini baik Pakatan Harapan (PH) mahupun Warisan, mereka sudah terbukti gagal menunaikan janji dan tanggungjawab dengan baik.

“Sudahlah gagal mentadbir, mereka mahu mengangkat pula PTI (Pendatang Tanpa Izin) ini. Jika dulu PTI lari kalau nampak polis tapi sekarang mereka yang akan serah diri… kerana apa? Kerana mereka mahukan PSS.

“Sejak PH-Warisan memerintah, kadar pengangguran naik dan kini kita terpaksa berebut dengan PTI untuk dapat kerja. Inilah yang dikatakan keluar mulut buaya, masuk mulut ular,” tegas beliau. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.