PAU 2020: Senjata Penyatuan UMNO Menuju PRU15 – Wan Agyl

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Wan Agyl Wan Hassan mengharapkan Perhimpunan Agung UMNO kali ini membawa naratif baharu kepada parti sebagai persiapan menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Jelasnya lagi, persiapan tersebut termasuklah strategi-strategi tertentu untuk memastikan UMNO kekal menjadi satu-satunya sandaran rakyat. “Sekiranya kita tidak bersatu hati dan tidak menggembeleng tenaga secara bersama-sama […]

» Read more

Perluaskan Rebat Bil Elektrik, Ringankan Beban Rakyat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap kerajaan dapat membantu rakyat ekoran peningkatan bil elektrik yang dihadapi mereka. Menurutnya, kerajaan sepatutnya mengkaji semula Program Rebat Bil Elektrik RM40 bagi meringankan beban rakyat yang berhadapan situasi ini. “Kita tahu elektrik digunakan seluruh rakyat Malaysia. Maka rebat perlu diperluaskan kepada semua. “Rebat RM40 juga harus […]

» Read more

Demokrasi Dalam UMNO Terbentang Luas, Sebarang Keputusan Secara Konsensus – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Keputusan yang diambil baru-baru ini adalah secara bersama dan ruang demokrasi di dalam UMNO cukup luas apabila masing-masing yang dipertanggungjawabkan boleh mengeluarkan pandangan mereka seperti di dalam mesyuarat biro politik serta Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika berkongsi perkara berkenaan menjelaskan tidak timbul soal kuasa veto atau lain-lain perkataan […]

» Read more

Penganjuran Di Bahagian Eratkan Penyatuan Ahli Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Secara lazimnya Perhimpunan Agung UMNO diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala lumpur disambut dengan penuh kemeriahan, namun kali ini penganjurannya berbeza akibat penularan pandemik COVID-19. Bagi Exco Pergerakan Puteri UMNO, Fadwah Anuwar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengekang wabak ini tidak akan menghalang untuk ahli parti menyemarakkan semangat sempena perhimpunan agung kali […]

» Read more

PAU 2020 Bawa Agenda Perjuangan Baharu Demi Kebajikan Rakyat

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Hafeez Che Mat berharap Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) kali ini membawa agenda pembaharuan kepada parti untuk kekal relevan mendepani senario politik baharu. Katanya, usul-usul yang dibentangkan nanti diharap dapat membawakan nafas baharu bagi menaikkan semangat ahli dan pemimpin dalam mempersiapkan jentera parti sebagai persiapan bagi menghadapi Pilihan […]

» Read more

Muafakat Nasional Terus Diperkukuh, Pandang Serius Penggunaan Kalimah Islam Oleh Bukan Islam

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Muafakat Nasional yang mengadakan mesyuarat bulanannya pada malam ini mengambil pendirian untuk terus memperkukuhkan ikatan berkenaan selain memandang serius penggunaan kalimah Islam oleh bukan Islam. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sejurus selesai mesyuarat tersebut malam ini, Muafakat Nasional juga menggesa agar kerajaan merayu untuk membawa penghakiman berkaitan kalimah Islam ke Mahkamah Rayuan. “Muafakat Nasional malam […]

» Read more

Selamat Menyambut Peristiwa Isra’ Dan Mikraj 1442H, Hayati Hikmahnya – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dengan Isra’ Mikraj semoga iktibar bermakna dapat dipelajari dari kisah yang menjadi detik permulaan ibadat Solat diwajibkan ke atas umat Islam. Katanya, ia juga memberi mesej bahawa kasih sayang Allah kepada kekasih-Nya Nabi Muhammad saw terpancar jelas dalam setiap perhentian perjalanan kisah ini. “Di mana ketika […]

» Read more

UMNO Tidak Pernah Abaikan Kepentingan Ummah, Bahkan Perintis Perpaduan – Khaled

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Kebelakangan ini terlalu banyak sekali gesaan untuk UMNO memikirkan semula pendiriannya untuk tidak mendukung Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), ujar Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Menurutnya, pelbagai alasan digunakan terutama sekali retorik perpaduan ummah bahawa seolah-olah UMNO mengabaikannya. “UMNO tidak pernah mengabaikan kepentingan ummah barang seketika pun. UMNOlah […]

» Read more

Peguambela Ahmad Zahid Cabar Kenyataan Saksi Pendakwaan di Mahkamah

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Pasukan Peguambela Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencabar kenyataan dalam penyiasatan yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendakwaan yang dihadapi oleh Presiden UMNO, di Mahkamah Tinggi. Peguambela Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Hamidi Mohd Noh berkata hari ini pihak peguambela telah menyoal balas saksi pendakwaan ke 96 […]

» Read more

Ubahsuai Kenderaan: Saman Sudah Memadai, Tidak Perlu Sita Kecuali Tiada Geran – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji usaha dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mahu memastikan pemilik kenderaan mematuhi undang-undang, tidak membuat bising hingga mengganggu ketenteraman awam dan membendung pencemaran alam sekitar. Ujarnya, undang-undang perlu dipatuhi serta dihormati dan bagaimanapun polis antara pasukan penguatkuasa yang mempunyai budi bicara yang cukup tinggi di negara […]

» Read more
1 … 1,938 1,939 1,940 1,941 1,942 … 2,528