Gelembung Pelancongan: Bagaimana Cara Nak Melalui Negeri PKPB? – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan merentas negeri di antara negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke negeri PKPP lain di bawah program Gelembung Pelancongan Bersasar mulai 10 Mac 2021. Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan bagaimana cara untuk negeri PKPP yang ingin bercuti ke negeri PKPP lain namun perlu […]

» Read more

Persediaan Akar Umbi Penting Pastikan UMNO/BN Tawan PRU15 – Ismail Sabri

ALOR SETAR, 13 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menekankan keperluan utama kepada UMNO sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang bakal berlangsung kelak. Katanya, elemen yang menjadi keutamaan adalah persediaan jentera di peringkat bahagian sehingga ke akar umbi. “Kalau PRU-15 bulan Mac, bulan Januari bilik gerakan kena sudah bersiap sedia. Bukan hanya […]

» Read more

Isu Kalimah Allah Episod Mendukacitakan, UMNO Hormati Keputusan Mahkamah, Kerajaan Perlu Segera Rayu – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 13 Mac – UMNO menghormati keputusan mahkamah berhubung keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, ujar Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Namun tegasnya, selaku parti keramat agama, bangsa dan tanah air, UMNO melihat ia episod yang mendukacitakan. “Isu ini sebenarnya telah berlarutan sejak tahun 2008 dan sudah menjadi polemik selama 13 tahun. Tentunya ia amat […]

» Read more

Isu Kalimah Allah: Pemuda UMNO Cadang Tiga Langkah Segera Kerajaan Wajar Lakukan

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Pemuda UMNO hari ini berpandangan tiga langkah sewajarnya perlu diambil oleh kerajaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Kristian dibenarkan untuk menggunakan kalimah Allah. Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pertamanya kerajaan seberapa segera merayu keputusan Mahkamah Tinggi dan tindakan paling awal adalah membuat permohonan kepada Mahkamah Rayuan agar keputusan Mahkamah Tinggi tersebut […]

» Read more

Perhimpunan Agung UMNO Normal Baharu Bukan Penghalang Suntik Semangat – Khairi

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan pada hujung bulan Mac ini walaupun secara normal baharu ianya bukanlah penghalang malah sebenarnya dapat menyuntik semangat yang cukup tinggi kepada ahli parti di seluruh negara dalam senario pilitik semasa. Ketua UMNO Iskandar Puteri Mohamad Khairi A. Malik berkata semangat yang tinggi di kalangan ahli parti sememangnya tidak dapat […]

» Read more

Kekal Persefahaman, UMNO PAS Tidak Layan Sebarang Unsur Provokasi – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional UMNO-PAS dua malam lepas, kepimpinan tertinggi parti kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengguris perasaan masing-masing. Kata Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, kedua-dua parti juga tidak melayani sebarang unsur provokasi yang boleh merenggangkan hubungan yang sudah terjalin. “Jika hendak diungkit […]

» Read more

Sendiri Mahu Pinda, Sendiri Kata Tak Praktikal? Jangan Nafikan Hak Anak Muda – Zahida

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Kembali ke masa silam zaman kegelapan era Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan, Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019 telah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun. Ujar Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan, RUU itu disokong oleh 211 ahli Parlimen […]

» Read more

Berhimpun Secara Maya Seluruh Negara… PAU 2020 Catat Sejarah Tersendiri – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Perhimpunan Agung UMNO pada tahun ini mencatatkan sejarahnya yang tersendiri, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Menurutnya, ini kerana buat pertama kalinya perhimpunan ini berlangsung secara maya dan bersemuka. “Ini kali pertama dalam sejarah UMNO kita akan mengadakan kombinasi bersemuka dan juga secara maya,” katanya ketika ditemui semasa melakukan tinjauan persiapan perhimpunan agung […]

» Read more

Kalimah Allah: Kerajaan Perlu Segera Kemukakan Rayuan – Wanita UMNO Dan Muslimat PAS

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Wanita UMNO dan Dewan Muslimat PAS merayu agar kerajaan segera mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang merupakan episod malang buat umat Islam di negara ini. Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Wanita UMNO dan Dewan Muslimat PAS berkata selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan demi menjaga kesucian agama Islam, sewajarnya penggunaan kalimah […]

» Read more

Nasihat Wazi Ada Benarnya, Keselamatan Dan Peraturan Perlu Dipatuhi Demi Manfaat Semua, Kata Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Tanggapan ubahsuai ‘ekzos perang’ mampu tambah kuasa pecutan motosikal hanya mitos sebagaimana kata bekas jaguh Cub Prix Malaysia Wazi Abdul Hamid. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan jaguh jentera Suzuki RG dengan nombor 21 itu ada kredibiliti untuk diyakini dalam isu ini. “Jika saya yang beri pandangan mungkin sedikit kurang berkesan waima […]

» Read more
1 … 1,936 1,937 1,938 1,939 1,940 … 2,528