Undi 18 Dan Daftar Pemilih Automatik Wajar Disegerakan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 6 April – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengulangi gesaan ramai pihak agar Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik wajar disegerakan. Ciapnya di Twitter, angka yang ditunjukkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan 4.4 juta rakyat berumur 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pengundi. “Maka daftarkan mereka secara automatik secepat mungkin, bulan Julai […]

» Read more

Pemuda UMNO Pahang Bersedia Hadapi PRU Dalam Apa Jua Keadaan – Farid

KUALA LUMPUR, 6 April – Pemuda UMNO Negeri Pahang bersiap sedia sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada bila-bila masa dan apa yang penting hari ini parti terus-menerus berkhidmat kepada rakyat dalam apa jua keadaan dan situasi. Ketuanya Mohd Farid Mohd Nor berkata semua persediaan yang merangkumi pelbagai aspek dan perancangan dilaksanakan bagi membantu parti dalam menghadapi PRU yang […]

» Read more

Bersedia Hadapi PRU15, Bangkit 15 Berobjektifkan Kemenangan – Fairuz Jamaludin

KUALA LUMPUR, 6 April – Bangkit 15 merupakan sebuah latihan dan persediaan dalam membentuk satu perisai utuh buat UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan berobjektifkan kemenangan sebagai sasaran utama. Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fairuz Jamaludin pentingnya Bangkit 15 ini adalah untuk memastikan jentera UMNO berada dalam keadaan siap siaga ekoran situasi politik negara yang tidak menentu […]

» Read more

Pelan Pemulihan Ekonomi Perlu Dirangka, Jadikan Sebagai ‘Patriotisme Economic’ – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 5 April – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan dalam situasi pandemik COVID-19 yang belum berakhir, alangkah elok jika Pelan Pemulihan Ekonomi (PPE) dapat dirangka dan diserap sebagai ‘patriotisme economic’ bagi memulihkan negara bangsa. Ujar Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, beliau melihat pada saat ini orang ramai dan pakar boleh menyumbangkan idea tentang apa yang […]

» Read more

Realisasikan Saranan Jangan ‘Tembak’ Kaki Sendiri – Shah Zanuriman

KUALA LUMPUR, 5 April- Ketua Pemuda UMNO Selayang Shah Zanuriman Nuar berkata saranan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan agar masing-masing tidak ‘menembak’ kaki sendiri di media sosial dan sebagainya adalah satu kenyataan yang perlu dihayati sepenuhnya. Menurut beliau memang jelas perbuatan berkenaan bukan sahaja tidak menguntungkan parti malah memberi keuntungan kepada musuh-musuh politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) […]

» Read more

Sambung Yang Tergendala Serlahkan Kejayaan BN Sebelum PRU-14 Lalu – Najmil

KUALA LUMPUR, 5 April – Kita Sambung Yang Tergendala… menyerlah segala-galanya bagaimana sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, Barisan Nasional (BN) yang menunjangi pemerintahan negara sebelum itu telah melaksanakan pelbagai dasar yang berpaksikan kepada negara dan rakyat. Exco Pemuda UMNO, Datuk Najmil Faiz Mohamed Aris dalam kenyataannya kepada UMNO-Online menyenaraikan beberapa dasar strategik yang cukup baik, namun segala-galanya terhenti. […]

» Read more

Kerajaan Takut Pada Undi 18? Jangan Ada Alasan, Laksanakan Segera – Zahida

KUALA LUMPUR, 5 April – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan tegas menyatakan bahawa Undi 18 harus disegerakan setelah banyak negara di dunia telah mengamalkannya bahkan Indonesia menetapkan umur layak mengundi ialah 17 tahun. Menurutnya, pengubahsuaian kepada Undi 18 bermula pada tahun 1940-an lagi dan berkemuncak pada pengakhiran tahun 1990. Jelas Zahida lagi, kerajaan hari ini sepatutnya akur […]

» Read more

Jalinan Ukhuwah Santai Bersama Rakyat, Lebih Istimewa – Shahril

IPOH, 5 April – Merapatkan ukhuwah dengan melakukan program yang lebih santai merupakan kaedah yang lebih mesra untuk mendekati ahli parti dan rakyat, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan. Sepanjang dua hari kunjungan mesra ke Perak, beliau berkata berpolitik tidak membataskan dengan hanya melakukan perbincangan yang bersifat lebih serius. “Saya anggap istimewa kerana ramuan program yang berbeza, ada program […]

» Read more

Semua Pelajar Kembali Bersekolah… Kenapa Dewan Rakyat Masih Dibelenggu? Soal Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 5 April – Mengapa sidang Dewan Rakyat masih dibelenggu sedangkan rakyat hampir bebas semuanya waima sekolah telahpun dibuka sepenuhnya, soal Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan. Ciapnya di Twitter, ini kerana bermula hari ini semua pelajar di semua peringkat telah kembali ke sekolah memulakan pembelajaran secara bersemuka. “Semua pelajar sudah kembali ke sekolah tadika, rendah dan menengah. […]

» Read more

Berbeza Ideologi Politik, Exco Perak Profesional Jaga Amanah Rakyat – Saarani

IPOH, 5 April – Barisan Exco kerajaan negeri Perak bersikap profesional dalam melaksanakan amanah yang diberikan rakyat, kata Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berkata, walaupun mempunyai pegangan ideologi politik yang berbeza namun ianya tidak membataskan usaha mereka dalam menjaga kebajikan rakyat di negeri ini. “Kerajaan sedia ada yang mana dalam […]

» Read more
1 … 1,911 1,912 1,913 1,914 1,915 … 2,528