Kebijaksanaan MKT Tentukan Tempoh Masa Sokong PN – Tajuddin

PASIR SALAK, 7 April – Keputusan untuk menetapkan tempoh masa menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) bergantung kepada kebijaksanaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT), kata Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang turut menganggotai badan tertinggi parti itu. Jelas Tajuddin, amanah daripada perwakilan semasa Perhimpunan Agung UMNO lalu merupakan tanggungjawab yang harus diputuskan sebaik mungkin. “Perhimpunan agung telah memberikan mandat kepada […]

» Read more

Ahmad Zahid Nafi Rakaman Audio Dengan Anwar… Laporan Polis Akan Dibuat

KUALA LUMPUR, 7 April – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman antara beliau dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, tiada sebarang perbualan antara beliau dengan Anwar selepas Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. “Ini merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik […]

» Read more

UMNO Perlu Kekal Menonjol, Populariti Di Mata Rakyat – Shahril Hamdan

PASIR SALAK, 7 April – UMNO mesti kekal menonjol serta memperkukuhkan populariti dalam kalangan rakyat, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan. Katanya, UMNO ketika ini harus fokus dengan gerak kerja yang mengutamakan rakyat kerana ianya akan memberikan impak positif kepada parti menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). “UMNO mesti mengekalkan kedudukannya yang tersendiri, bermakna kita punya tawaran mesti hebat […]

» Read more

Bincang Sebaiknya, Usah Terburu-buru Beri Pandangan Berkenaan Parti – Musa

KUALA LUMPUR, 7 April – Kesepakatan dalam kalangan pemimpin dan ahli parti amat penting untuk memastikan kemaslahatan parti terjaga, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir. Beliau berkata, ini kerana UMNO kuat berpunca daripada pegangan oleh akar umbi yang sentiasa menjadi pendokong kepada perjuangan parti. “Kita duduk sama-sama bincang, kita ini sebagai satu keluarga dalam […]

» Read more

Ubahsuai Ekzos: Memadai Disaman Tanpa Disita Kenderaan… Bengkel Juga Perlu Dikenakan Tindakan

KUALA LUMPUR, 7 April – Media melaporkan polis mengeluarkan 71,127 saman atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Ubahsuai Ekzos kenderaan yang bermula 1 hingga 31 Mac lalu. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berkata, beliau difahamkan 4,926 saman telah dikeluarkan ke atas pemilik motosikal kerana mengubahsuai ekzos, 1,627 saman kepada pemilik kereta dan 401 saman terhadap lain-lain kenderaan. […]

» Read more

Takkan Tunduk Kepada Penyalahguna Kuasa, Najib Percaya Notis Muflis Berkait Beberapa Isu

SAYA menyangka bahawa hari semalam akan berlangsung seperti rutin harian setiap kali saya menghadiri perbicaraan di mahkamah sejak 3 tahun yang lalu. Namun sangkaan saya berakhir dengan sesuatu yang tidak disangka. Sejak hari pertama saya dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan, sehingga hari saya dijatuhkan hukuman, dan seterusnya sehingga hari ini, saya sentiasa menegaskan bahawa saya tidak bersalah dan telah dianiayai. […]

» Read more

Penjualan Sarung Tangan Getah Diharamkan? Kerajaan Perlu Lihat Secara Serius

KUALA LUMPUR, 6 April – Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berpandangan kerajaan perlu memberi tumpuan serius berhubung dakwaan yang berkaitan pengeluaran sarung tangan terbesar di dunia, Top Glove. Menurut beliau Top Glove, pengeluar terbesar di dunia telah diharamkan penjualan produk mereka oleh kerajaan Amerika Syarikat sejak Julai tahun lepas dan dikhabarkan terkini kesemua barangan sarung tangan getah Malaysia […]

» Read more

Ketika Industri Semikonduktor Untung Mencanak, PN Jual Silterra… Tak Masuk Akal – Najib

KUALA LUMPUR, 6 April – Penjualan syarikat semikonduktor, Silterra Malaysia Sdn Bhd oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah tindakan yang tidak masuk akal, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Jelas Ahli Parlimen Pekan itu, penjualan tersebut sengat merugikan negara kerana ketika ini industri tersebut mencatatkan keuntungan memberangsangkan ekoran pandemik COVID-19 yang mendorong pendekatan kerja dari rumah dan […]

» Read more

Agenda Penyatuan Ummah Pahang Terus Dipertahan Dan Akan Diperkasa – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 6 April – Agenda penyatuan ummah terus menjadi keutamaan kapada UMNO Pahang dalam usaha memastikan hubungan yang terjalin selama ini terus dipertahankan. Bagi merealisasikan hasrat tersebut agar ianya berterusan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi catatan di Facebok memaklumkan satu perjumpaan bersama Veteran UMNO dan As Sabiqun PAS Negeri Pahang di Dewan […]

» Read more

Penunggang Basikal, Jaga Diri Dan Sayangilah Nyawa – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 6 April – Prihatin dengan keselamatan penunggang basikal, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati agar mereka berhati-hati melakukan aktiviti berkenaan. Katanya, adalah lebih baik jika mereka melakukan aktiviti riadah ini di kawasan yang tidak berisiko dan terdedah kepada bahaya. “Jika mahu berbasikal di jalan raya, pastikan memilih masa bersesuaian dan elakkan berada pada waktu puncak […]

» Read more
1 … 1,910 1,911 1,912 1,913 1,914 … 2,528