UMNO Rakam Takziah, Bonda Mohd Sharkar Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama seluruh kepimpinan UMNO merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO atas kembalinya bonda beliau ke rahmahtullah malam ini. Terdahulu, petang tadi Ahmad Zahid berkesempatan menziarahi Allahyarhamah sebaik selesai sidang media beliau. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang […]

» Read more

Muafakat Nasional Hulur Pelawaan Rasmi Kepada Bersatu – Annuar

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Muafakat Nasional telah membuat pelawaan rasmi kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai pakatan itu, kata Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional Tan Sri Annuar Musa hari ini. Katanya Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu […]

» Read more

Keputusan UMNO Tidak Bersama PN Untuk Muafakat Nasional Lebih Kukuh

ALOR SETAR, 30 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, keputusan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO tidak bersama Perikatan Nasional (PN) adalah mengambil pendirian kekal bersama Muafakat Nasional (MN) apatah lagi PN belum didaftarkan. Ujar beliau, kenyataan tersebut juga seiring dengan pendirian Perdana Menteri selaku Presiden PPBM untuk […]

» Read more

Pembubaran DUN Sabah Jalan Terbaik Selesaikan Kemelut Politik Negeri – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 30 Julai – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pagi tadi dilihat sebagai jalan terbaik untuk mencari penyelesaian kemelut politik di negeri itu. Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kemelut politik kembali bergolak selepas beberapa dakwaan kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari pelbagai parti politik […]

» Read more

Tidak Sertai Perikatan Nasional Bukan Keluar Daripada Kerajaan – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Duski menegaskan bahawa UMNO hanya buat keputusan untuk tidak sertai Perikatan Nasional (belum berdaftar) sebagai salah sebuah komponen bukan keluar daripada kerajaan. Beliau berkata demikian sebagai memberi penjelasan susulan kekeliruan ekoran kenyataan Presiden UMNO, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi tengahari tadi. “Memandangkan PPBM juga sudah nyatakan hasrat […]

» Read more

Pilihan Raya Tidak Perlu, Buang Masa, Mudaratkan Rakyat – Musa Aman

KOTA KINABALU, 30 Julai – Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berpendapat pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya adalah tidak perlu dan membuang masa dan wang serta memudaratkan nyawa rakyat ketika negara berdepan dengan wabak COVID-19. Mengulas pengumuman Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang membubarkan DUN hari ini, Musa […]

» Read more

Puteri UMNO Sokong Penuh Kenyataan Presiden Perkasakan Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyokong penuh pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) sebaliknya akan memperkasa Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan Komponen Barisan Nasional. Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata pengumuman Presiden itu bukanlah bermakna UMNO keluar daripada gabungan kerajaan hari ini. “Pendirian […]

» Read more

Sokongan Ahli Parlimen UMNO Kepada Kerajaan Hari Ini Masih Kekal – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan memaklumkan bahawa sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO kepada kerajaan hari ini, masih kekal. Namun katanya, UMNO sebagai parti tidak akan menyertai Perikatan Nasional sebagai ahli komponen tetapi akan terus memperkasakan Muafakat Nasional. “Merujuk cerita sensasi yang baru tular, ini rumusan apa yang disebut Presiden dalam sidang media beliau. Sokongan Ahli-ahli […]

» Read more

Kemelut Politik Sabah Mesti Diselesaikan Untuk Mandat Baru

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kemelut politik Sabah mesti diselesaikan biarpun usaha untuk membentuk kerajaan baru telah dinafikan apabila Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal mengumumkan Yang Di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin telah berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan. Hakikatnya jelas beliau yang […]

» Read more

UMNO Tidak Sertai Perikatan Nasional, Perkasakan Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional, sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional (BN). Katanya yang juga Pengerusi BN, sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat […]

» Read more
1 1,909 1,910 1,911 1,912 1,913 2,416