Sambung Yang Tergendala Serlahkan Kejayaan BN Sebelum PRU-14 Lalu – Najmil

KUALA LUMPUR, 5 April – Kita Sambung Yang Tergendala… menyerlah segala-galanya bagaimana sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, Barisan Nasional (BN) yang menunjangi pemerintahan negara sebelum itu telah melaksanakan pelbagai dasar yang berpaksikan kepada negara dan rakyat.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Najmil Faiz Mohamed Aris dalam kenyataannya kepada UMNO-Online menyenaraikan beberapa dasar strategik yang cukup baik, namun segala-galanya terhenti.

“Lepas kalah PRU-14, kita telah tinggalkan negara dengan kekayaan dan dasar strategik yang baik. Antaranya ialah 11 buah projek di bawah tujuh Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) bakal menyumbang RM1.129 bilion Pendapatan Negara Kasar (PNK) menjelang tahun 2020 serta menarik pelaburan seban­yak RM6.68 bilion. Seterusnya kerajaan BN berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada 3.8 peratus pada tahun 2009 kepada 0.6 peratus pada tahun 2014.

“Hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM42 bilion pada tahun 2016 yang kemudiannya telah dijarah kerajaan Pakatan Harapan (PH). Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang kemudiannya perlaksanaannya telah dihuru-harakan PH dan kemudian Perikatan Nasional (PN). Kerajaan BN juga telah membina dan menaik taraf 6,042 kilometer jalan raya luar bandar, menyediakan akses bekalan air bersih kepada lebih 350,000 buah rumah, 153,000 rumah di kawasan luar bandar.

“Bagi keselamatan rakyat pula iaitu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Jenayah, Indeks Jenayah berjaya dikurangkan sebanyak 47 peratus. Program mega seperti Rapid Pengerang telah berjaya menaiktaraf kehidupan penduduk di luar bandar dan sekali gus memacu ekonomi negara. Dibawah agensi seperti Felcra, kerajaan melancarkan Rumah Bina Negara (Rumah BN) untuk golongan belia,” katanya.

Kata beliau lagi program 1Azam dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat miskin tegar, miskin dan golongan B40 bagi menceburi bidang perniagaan manakala nasib pelajar dan mahasiswa juga dibela ketika zaman BN melalui pemberian baucar buku 1Malaysia, biasiswa MyBrain15 dan pengecualian bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi mereka yang mendapat ijazah kelas pertama,” ujarnya.

Tambah beliau lagi terbukti hanya kerajaan BN yang mampu mengembalikan kestabilan, keharmonian dan manfaat ekonomi serta sosial kepada rakyat dan negara.

“Ayuh rakyat Malaysia! Kita undi BN pada PRU-15 akan datang. Kita #SambungYangTergendala demi masa depan yang lebih baik,” serunya lagi. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.