Pas Pilih MB Kerana Bimbang Pengaruh Raja Mohamed Affandi Di Kemaman

KEMAMAN, 27 Nov – Pas sengaja menukar calon mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman dan memilih Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar disebabkan melihat calon Barisan Nasional (BN) yang diketengah mempunyai potensi dan pengaruh tersendiri di kawasan ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ianya sedikit sebanyak memperlihatkan kegusaran Pas sehingga terpaksa meletakkan Menteri […]

» Read more

MB Jadikan Kemaman Tempat Persinggahan? Itupun Kalau Sempat… Takut Hanya ‘Bye Bye, TouchNgo’

KEMAMAN, 27 Nov – “Tempat singgah itu pun kalau dia sempat singgah… takut dia bye bye ta ta je la.. touch n go… sebab itu perlu kita pilih calon anak tempatan, itu yang penting.” Demikian respon spontan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berhubung komitmen calon Pas yang juga Menteri Besar Terengganu dan Ahli Dewan Undangan […]

» Read more

Saya Garang? Itu Hanya Sangkaan… Saya Tegas Dalam Membawa Suara Rakyat – Raja Mohamed Affandi

KEMAMAN, 27 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Mohamed Noor menafikan persepsi beberapa pihak yang mengatakan beliau seorang yang garang hanya disebabkan berlatarbelakangkan seorang bekas tentera. “Dalam hal ini jika mahu menjadi ahli Parlimen yang baik, salah satunya adalah tegas. Ketegasan itu bukan sahaja dapat membantu dari segi keperluan, kehendak rakyat yang diwakili. […]

» Read more

Pilih Calon Mampu Bawa Suara Kemaman Ke Persekutuan, Terus Agenda Pembangunan – Shahaniza

KEMAMAN, 27 Nov – Pengundi di Kemaman perlu memilih wakil rakyat yang mampu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada agenda pembangunan di kawasan, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin. Katanya, melihat kepada itu calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mempunyai kelebihan tersebut dibandingkan dengan calon diketengah Pas iaitu yang juga […]

» Read more

Dalam Politik ‘Impossible Is Nothing’, Ahmad Maslan Seru Jentera Terus Berusaha Pastikan Kemenangan BN

KEMAMAN, 26 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menyeru jentera agar terus berusaha dan bekerja keras tanpa berputus asa bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman. Walaupun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang lalu BN kalah kepada Pas dengan majoriti yang besar, ujar Ahmad yang juga Timbalan Menteri […]

» Read more

PRK: Peluang Rakyat Kemaman Dapatkan ‘Jambatan’ Dengan Kerajaan Pusat

KEMAMAN, 26 Nov – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru kepada pengundi agar dapat memilih calon Barisan Nasional (BN) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Mohamed Noor pada hari pengundian 2 Dis nanti. Kata Khaled yang juga Menteri Pendidikan Tinggi, demi manfaat rakyat Kemaman mereka perlu merebut peluang tersebut agar dapat membina satu jambatan dengan kerajaan […]

» Read more

PRK: Pas Perlu Cermin Diri, Samsuri Bukan Orang Kemaman

KEMAMAN, 26 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad membidas pemimpin Pas yang berkata UMNO/Barisan Nasional (BN) sebagai ketandusan pemimpin apabila mencalonkan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman. Menurut beliau, setidaknya BN meletakkan Raja Mohamed Affandi kerana tokoh […]

» Read more

Raja Mohamed Affandi Punya Kelebihan Tersendiri Sebagai Anak Jati Kemaman – Johari

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Sebagai anak jati Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mempunyai kelebihan tersendiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Katanya, ini termasuk karakter bekas Panglima Angkatan Tentera itu (ATM) itu yang mudah didekati dan bersahaja dalam mendekati pengundi selain sudah terbiasa […]

» Read more

Raja Mohamed Affandi Yakin Kempen Bersemuka, Media Sosial Dapat Reaksi Positif Rakyat

KEMAMAN, 26 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor semakin yakin kempennya mendapat sambutan yang positif serta memberangsangkan daripada rakyat kawasan itu. Ujarnya, selain berkempen secara bersemuka, beliau turut aktif memaparkan segala aktiviti melalui platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok supaya dapat […]

» Read more

Satu Kerugian Jika Rakyat Tidak Pilih Raja Mohamed Affandi, Fokusnya Hanya Di Kemaman

KEMAMAN, 26 Nov – Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan apabila menampilkan bekas Panglima Angkatan Tentera Jeneral (B) Tan Sri Mohamed Raja Affandi sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar Datuk Pandak Ahmad berpandangan adalah amat rugi jika rakyat Kemaman tidak memilih Raja Mohamed Affandi yang terbukti selain berpengalaman mentadbir di peringkat […]

» Read more
1 3 4 5 6 7 10