Pas Cukup-Cukuplah Amalkan Politik Kebencian… UMNO Tetap Teguh Pegang Prinsip Perjuangan – Mahdzir

KEMAMAN, 28 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid menempelak pihak yang tanpa henti mengamalkan politik kebencian dan suka menimbulkan persepsi dengan mengatakan UMNO telah lari dari perjuangannya. Katanya, perkara sedemikian yang berlarutan sejak dahulu lagi sepatutnya tidak lagi menjadi amalan kerana apa yang penting adalah penawaran sesebuah parti politik untuk kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat. […]

» Read more

Hanya Orang Kemaman Mampu Ubah, Usah Percaya Anasir Negatif Lawan

KEMAMAN, 28 Nov – Penduduk Kemaman perlu menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen sebagai medan mengubah landskap pembangunan kawasan mereka, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi. Katanya, untuk itu adalah penting mempunyai seorang ahli Parlimen yang mampu membawa suara mereka ke Kerajaan Perpaduan. “Kita mengharapkan satu perubahan kepada orang Kemaman kerana hanya mereka dapat melakukannya. […]

» Read more

Tidak Perjuangkan Islam? Inilah Modal Besar Pas Timbulkan Kemarahan, Kebencian Rakyat Terhadap UMNO

KEMAMAN, 28 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias menolak sekeras-kerasnya tohmahan pihak Pas yang menuduh UMNO tidak lagi relevan memperjuangkan agama Islam. Ujar Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan itu, perkara tersebut menjadi mainan dan dikitar semula pihak Pas dan Perikatan Nasional (PN) apabila tiba kempen pilihan raya seperti mana ketika pilihan raya umum (PRU), […]

» Read more

Manfaatkan Undi Untuk Kesejahteraan Rakyat Kemaman, Pilih Selari Kerajaan Pusat

KEMAMAN, 28 Nov – Para pengundi yang bakal menunaikan tanggungjawab pada 2 Disember depan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman diminta untuk memanfaatkan ruang dan peluang yang ada bagi kesejahteraan rakyat Kemaman keseluruhan. Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi yang turut bersama berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, […]

» Read more

PRK Kemaman Peluang Kedua Untuk Rakyat, Pilih Wakil Rakyat Bawa Kebaikan – Rozi

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Rozi Mamat berpandangan bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman ini merupakan peluang kedua buat rakyat untuk memilih wakil rakyat yang membawa kebaikan kepada mereka. Ini kerana katanya, PRK ini diadakan semula kerana Mahkamah Pilihan Raya telah membatalkan kemenangan Pas di kerusi tersebut akibat berlakunya pelanggaran peraturan semasa tempoh […]

» Read more

PRK Kemaman: Pilih Wakil Rakyat Yang Boleh Berkhidmat, Bukan Jumpa Hanya Untuk Raih Undi – Dr Akmal

KEMAMAN, 28 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mengingatkan orang Kemaman supaya memilih wakil rakyat yang boleh berkhidmat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini. Jelasnya, rakyat memerlukan pemimpin yang sentiasa berada bersama mereka dan bukannya berjumpa hanya untuk meraih undi. “Kita nak pilih pemimpin yang boleh berkhidmat untuk kita. Bukan pemimpin yang hanya nak jumpa kita […]

» Read more

Tak Payah Undi Pas, Biar MB Fokus Jaga Negeri – Pehimi

KEMAMAN, 28 Nov – Pengundi Kemaman diharap memberikan peluang kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar untuk fokus kepada agenda membangunkan negeri, kata Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Datuk Muhammad Pehimi Yusof. Menurut beliau, malah calon Pas itu juga tidak menggunakan minggu berkempen untuk bertemu pengundi kerana sibuk dengan urusan pembentangan bajet negeri di sidang Dewan Undangan Negeri. “Kita mohon […]

» Read more

PRK Kemaman: Tiga Pengundi Awal Tunaikan Tanggungjawab Hari Ini

CHUKAI, 28 Nov – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman boleh dikatakan agak unik apabila pengundian awal yang ditetapkan hari ini, hanya melibatkan tiga pengundi. Ketiga-tiga pengundi yang merupakan pasangan tentera itu akan menunaikan hak mereka di pusat mengundi Balai Polis Kijal, di sini, bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari nanti. Sebelum ini, selain tiga pengundi itu, SPR mengumumkan […]

» Read more

Raja Mohamed Affandi Tokoh Disegani Di Mindef, Sentiasa Prihatin Dengan Anak Buah

KEMAMAN, 27 Nov – Ketua Penerangan UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal menyifatkan calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mempunyai ketokohan tersendiri sebagai pemimpin. Bercerita pengalamannya yang pernah bersama dengan bekas Panglima Angkata Tentera Malaysia (ATM) di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 2014 hingga 2018, beliau berkata Raja Mohamed Affandi cukup disenangi kerana sifatnya […]

» Read more

Kemaman Perlukan Pembaharuan Dan Pembelaan, Pas Abai Kepentingan Rakyat

KEMAMAN, 27 Nov – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata rakyat khususnya di kawasan Parlimen Kemaman memerlukan pembaharuan dan pembelaan yang sewajarnya. Ujarnya, walaupun Pas menjadi kerajaan di negeri Terengganu, tetapi mereka tidak membantu malah mengabaikan dan mengetepikan kepentingan rakyat. “Sekarang ini tiada wakil Kerajaan Perpaduan di dalam negeri Terengganu. Sebab itu mereka boleh abaikan rakyat […]

» Read more
1 2 3 4 5 6 10