Dap Gagal Fahami Sensitiviti Politik, Prinsip Kerjasama Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Ketua Wanita UMNO Selangor Datuk Halimaton Saadiah menyelar Setiausaha Publisiti Dap Kebangsaan, Yeo Bee Yin dan beberapa pemimpin Dap lain yang secara terbuka meraikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Menurut beliau tindakan sedemikian bukan sahaja mencerminkan sikap biadap dan kurang ajar, malah menunjukkan kegagalan memahami […]

» Read more

Kebiadapan Politik Tidak Wajar Dalam Kerajaan Perpaduan – Haslinda

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Exco Wanita UMNO, Haslinda Salleh membidas kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang disifatkan sebagai satu bentuk kebiadapan politik dan tidak sepatutnya lahir daripada seorang pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan. Tegasnya, setiap pemimpin di dalam kerajaan harus menunjukkan contoh teladan yang baik dalam kematangan berpolitik dan bukannya melukai perasaan banyak pihak. “Kebiadapan tidak boleh dinormalisasi […]

» Read more

DNAA: UMNO Johor Hormati Proses Undang-Undang, Yakin Kepimpinan Presiden Parti

TEBRAU, 23 Dis – UMNO Negeri Johor menghormati proses undang-undang berhubung isu permohonan semakan kehakiman keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 September 2023 yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman. Menerusi satu kenyataan, beliau menegaskan bahawa UMNO turut menghormati kebebasan dan kewibawaan institusi kehakiman […]

» Read more

Pemuda UMNO Selangor Kecam Kenyataan Biadap Pemimpin Dap Berkait Kes Najib

SHAH ALAM, 23 Dis – Pemuda UMNO Selangor mengecam sekeras-kerasnya kenyataan biadap, angkuh dan penuh kebencian yang dikeluarkan oleh pemimpin Dap khususnya Yeo Bee Yin serta Wong Chen daripada PKR yang merupakan Ahli Parlimen di Selangor berhubung kes melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketuanya, Datuk Mohd Imran Tamrin menegaskan, kenyataan tersebut jelas mencerminkan sikap tidak beradab, dangkal pemikiran serta […]

» Read more

Kes Penggubahan Wang Haram Pegawai ATM: MINDEF Tunggu Hasil Siasatan

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan menunggu hasil siasatan rasmi sebelum mengambil tindakan seterusnya berhubung dakwaan kes penggubahan wang haram melibatkan pegawai atasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, MINDEF menghormati sepenuhnya proses undang-undang dan menegaskan komitmen terhadap pematuhan undang-undang serta prinsip keadilan. “MINDEF mengambil maklum berhubung dakwaan kes pengubahan wang haram […]

» Read more

Kuasa Prerogatif Agong Dipersoal Secara Terbuka, Diraikan Tanpa Rasa Hormat

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Johan Abd Aziz membidas tindakan hantaran pemimpin Dap di media sosial yang mencetuskan polemik pada semalam. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata ini kerana Dap ketika mahu membentuk Kerajaan Perpaduan dahulu menggunakan titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai asas legitimasi, namun kini memperkecilkan institusi […]

» Read more

Malaysia Komited Tangani Situasi Terkini Sempadan Kemboja-Thailand

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Malaysia terus komited dalam menangani situasi terkini di sempadan Kemboja-Thailand berlandaskan prinsip asas ASEAN sejak ditubuhkan pada 1967. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklum beliau telah mempengerusikan Special ASEAN Foreign Ministers’ Meeting on The Current Situation Between Cambodia and Thailand pada Isnin. “Mempengerusikan Special ASEAN Foreign Ministers’ Meeting […]

» Read more

Politik Matang Menuntut Kebijaksanaan, Bukan Ejekan

SUNGAI PETANI, 23 Dis – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menegaskan bahawa politik matang menuntut kebijaksanaan, bukannya ejekan. Ini kerana katanya, kenyataan yang dimuat naik oleh Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin terhadap keputusan mahkamah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah bersifat sinis dan dan tidak berempati. “Saya memandang serius kenyataan yang dimuat […]

» Read more

Jangan Buat Kenyataan Tidak Beradab, Hormati Sensitiviti – Sharif Musa

LAHAD DATU, 23 Dis – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin berhubung Datuk Seri Najib Razak sebagai terlalu kasar dan tidak beradab, sekali gus mencerminkan sikap tidak menghormati sensitiviti kaum di Malaysia. Menurut beliau, dalam sebuah kenyataan, perbezaan pandangan politik adalah perkara biasa dalam sistem demokrasi, […]

» Read more

Jaga Sensitiviti Dan Emosi Rakyat, Bukan Bersikap Biadab Rai Derita Orang Lain

IPOH, 23 Dis – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengecam hantaran dimuat naik oleh Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang secara terbuka meraikan keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada Datuk Seri Najib Razak. Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata kenyataan Setiausaha Publisiti Dap Kebangsaan itu bukan sahaja tidak sensitif, malah memperlihatkan kegagalan pemimpin […]

» Read more
1 298 299 300 301 302 2,358