Hari Kebangsaan Arab Saudi: Semoga Hubungan Terus Kukuh, Berkembang

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap agar hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi akan terus kukuh serta berkembang demi kepentingan bersama.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkesempatan untuk menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan ke-96 Kerajaan Arab Saudi, pada Isnin.

“Malam tadi saya menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan ke-96 Kerajaan Arab Saudi di Kuala Lumpur.

“Terima kasih kepada Duta Besarnya, TYT Osamah Dakhel R. Al-Ahmadi atas jemputan dan sambutan yang begitu mesra.

“Hubungan Malaysia dan Arab Saudi terus melangkah ke hadapan, berteraskan keakraban dan kepercayaan yang telah lama terbina antara kedua-dua negara,” katanya.

Tambahnya, kerjasama kedua-dua negara terus berkembang dalam pelbagai bidang termasuklah aspek ketenteraan dan industri pertahanan.

“Kerjasama pertahanan kedua-dua negara juga terus berkembang, bukan sahaja dalam aspek ketenteraan, tetapi juga merangkumi industri pertahanan serta bidang strategik lain yang menjadi kepentingan bersama.

“Mewakili Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan dan rakyat Arab Saudi.

“Semoga hubungan kedua-dua negara terus kukuh dan berkembang demi kepentingan bersama. Selamat Hari Kebangsaan ke-96,” katanya lagi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO