UMNO Beaufort Terus Prihatin: Ziarah Mangsa Rumah Roboh, Santuni Walimatulurus

BEAUFORT, 26 Dis – Kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan apabila Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat turun padang menziarahi penduduk yang ditimpa musibah serta menyantuni majlis kemasyarakatan di sekitar Menumbok dan Beaufort. Di Kampung Tepi Laut, Menumbok, beliau bersama isteri, Prof. Datin Dr. Norkiah Arsat, dan rombongan UMNO Bahagian Beaufort melawat kediaman Pn. Medah Abbas yang mengalami kerosakan […]

» Read more

Cuti Sekolah: Sri Rahayu Rai Dengan Program Berkhatan Untuk Anak-anak Hilir Perak

PASIR SALAK, 26 Dis – Suasana cuti sekolah dimanfaatkan sepenuhnya apabila seramai 39 orang kanak-kanak menyertai Program Berkhatan yang dirasmikan oleh Ketua Wanita UMNO Pasir Salak, Datin Sri Rahayu Tajuddin. Ujarnya, program anjuran Usahanita Hilir Perak ini sekali gus mencipta kenangan manis dan penuh makna buat peserta serta keluarga malah ia menjadi sebahagian daripada usaha berterusan untuk mendekati masyarakat melalui […]

» Read more

GLC Negeri Mesti Fokus Prestasi, Bukan Kepentingan Politik – Jeffery Nor

KOTA KINABALU, 26 Dis – Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed menyuarakan sokongan terhadap cadangan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ewon Benedick supaya pelantikan profesional korporat dilaksanakan dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Sabah. Jeffery berkata, GLC milik kerajaan negeri ditubuhkan sebagai sumber pendapatan utama kepada kerajaan dan tidak seharusnya dijadikan platform kepentingan atau leverage politik. Menurutnya, sebarang perubahan terhadap […]

» Read more

Yeo Bee Yin Jangan Biadab, Drama Politik Murahan Undang Kebencian – Izwan Kamar

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Jempol, Mohd Izwan Kamar Badri, mengecam sekeras-kerasnya Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin atas kenyataan dan sikapnya yang jelas biadab, angkuh dan provokatif terhadap rakan dalam Kerajaan Perpaduan. Tegasnya, seorang pemimpin yang matang tidak menggunakan isu orang lain sebagai pentas politik peribadi, tidak merendahkan rakan, dan tidak bersorak di atas […]

» Read more

Ahmad Zahid Rakam Tahniah, 3 Murid Orang Asli Raih Emas Olimpiad Robot Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO merakamkan ucapan tahniah kepada tiga murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tereh, Kluang, Johor atas kejayaan cemerlang meraih pingat emas pada Olimpiad Robot Antarabangsa Ke-27 (IRO 2025) yang berlangsung di Gold Coast, Australia baru-baru ini. Menurut beliau, kejayaan tiga murid tersebut […]

» Read more

Azalina Ucap Selamat Hari Krismas, Seru Perkukuh Perpaduan Negara

KUALA LUMPUR, 25 Dis — Ketua Penerangan UMNO merangkap Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, mengucapkan Selamat Hari Krismas 2025 kepada semua penganut agama Kristian di Malaysia. Menurut beliau, perayaan Krismas wajar disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran, selain menjadi ruang untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan serta persahabatan dalam kalangan masyarakat. “Semoga perayaan tahun ini dapat […]

» Read more

Ahmad Zahid Ucap Selamat Menyambut Hari Natal

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Sempena sambutan Hari Krismas, Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menzahirkan ucapan kepada yang meraikannya. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian dalam hantaran pendek di laman Facebooknya. “Selamat menyambut Hari Natal buat semua yang menyambutnya,” katanya. – UMNO Online

» Read more

Kes Najib: Tindakan Yeo Bee Yin Tidak Beradab, Sensitif Dari Sudut Perlembagaan

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin menyindir keputusan mahkamah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah tidak beradab dan sensitif dari sudut Perlembagaan. Ketuanya, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berkata, kenyataan tersebut turut menunjukkan bahawa beliau tidak berempati dan gagal menghormati semangat rakan dalam Kerajaan […]

» Read more

Tiada Ruang Angkuh, Sinis Atau Perkecil Institusi Diraja Dalam Kerajaan Perpaduan

BANDAR BARU BANGI, 24 Dis – “Tiada ruang untuk sikap angkuh, sinis dan memperkecilkan institusi Diraja secara langsung mahupun tidak langsung dalam kerangka Kerajaan Perpaduan.” Demikian kata Ketua UMNO Bahagian Bangi, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain mengenai tindakan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin yang memuat naik hantaran menyindir keputusan mahkamah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru […]

» Read more

Kerajaan Negeri Sembilan Peruntuk RM9.7 Juta Perkasa Agenda Belia Dan Sukan Tahun 2026

NILAI, 24 Dis – Kerajaan Negeri Sembilan membuktikan komitmen serius dalam memperkasakan agenda belia dan sukan melalui peruntukan besar berjumlah RM9.7 juta bagi persediaan mendepani tahun 2026. Exco Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mustapha Nagoor memperincikan peruntukan tersebut merangkumi RM3.7 juta bagi pengurusan belia, RM5 juta khusus untuk persediaan atlet ke temasya SUKMA 2026, serta RM1 juta bagi naik […]

» Read more
1 296 297 298 299 300 2,358