PRK Tanjung Piai: Jentera Sepakat Bersatu Tenaga Pastikan Kemenangan BN

TANJUNG PIAI, 30 Okt – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bakal berlangsung 16 Nov depan akan menjadi fokus utama Barisan Nasional (BN) dalam usaha untuk memenangi Parlimen tersebut termasuklah anggota jentera parti yang telahpun melaksanakan gerak kerja. Bagi, Norizwan Kamaruddin, PRK Tanjung Piai adalah PRK pertama semenjak Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS ditandatangai dan tentunya ia akan […]

» Read more

Lewat Umum Calon: BN Tolak Dakwaan Belum Ada Kata Putus

  KUALA LUMPUR, 29 Okt – Ketua pembangkang Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan kononnya kelewatan Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai adalah kerana UMNO dan MCA belum ada kata sepakat. Jelas beliau, kata sepakat telah ada malah calon juga sudah ada cuma belum masanya untuk diumumkan. “Tidak adalah… kita tidak umum sebab belum masa […]

» Read more

Ambil Tanah Kg. Baru Secara Paksa, Kerajaan Tidak Ada Hak – Ismail Sabri

  KUALA LUMPUR, 29 Okt – “Saya tidak tahu Menteri Wilayah nak guna undang-undang bawah mana… kerajaan tidak ada hak untuk mengambil tanah di Kampung Baru untuk tujuan komersial, salah di sisi undang-undang,” ujar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Jelas beliau, Akta Pengambilan Semula Tanah 1960 Seksyen 3(A) jelas menyatakan kerajaan hanya boleh mengambil balik tanah sesiapa sahaja […]

» Read more

PRK Tg Piai: BN Fokus Untuk Menang, Cepat Atau Lambat Umum Calon Bukan Isu

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, cepat atau lambat calon Barisan Nasional (BN) diumumkan bukan satu isu kerana yang pasti BN akan mengetengahkan calon terbaik pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai. Jelas beliau, fokus utama BN adalah memastikan kemenangan BN. “Kita akan lawan habis-habisan, itu yang penting. Umum calon BN pula bila-bila […]

» Read more

PH Amal ‘Double Standard’… Mana Ada ‘Rule Of Law’ – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Ketua pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak mengikut ‘rule of law’ dan melakukan pendakwaan terpilih dalam kes Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA). Tegasnya, kalau ‘rule of law’ bermakna keadilan untuk semua tapi seakan ada ‘double standard’ dalam kes AMLA. “Dulu Masjid Tanah (Datuk Mas Ermieyati Samsudin) ada […]

» Read more

LGE Bakal Diiktiraf Menteri Kewangan Paling Dangkal, Tak Sehebat Dilaungkan – Shahrir

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Lim Guan Eng (LGE) bakal diiktiraf sebagai menteri kewangan yang paling dangkal kerana sudahlah ekonomi negara merundum, rakyat terbeban dengan kos hidup yang meninggi dan kini, kewangan kerajaan pun terjejas, kata Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Jelasnya, belanjawan negara melibatkan pendapatan dan perbelanjaan kerajaan namun apabila pendapatan berkurangan kerana cukai-cukai […]

» Read more

PRK Tg Piai: PH Tertipu Helah Sendiri – Hasni

TANJUNG PIAI 28 Okt- Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, Pakatan Harapan (PH) tertipu dengan helah mereka sendiri kerana menjangkakan BN akan mengumumkan calon pada petang tadi sehingga mereka mengubah jadual asal mereka. Jelas beliau, pada hari ini BN akan melancarkan jentera dan bukannya mengumumkan calon PRK Tanjung […]

» Read more

PRK Tanjung Piai: Masuk Gelanggang Wajib Menang – Zahid

TANJUNG PIAI, 28 Okt – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sekarang ini BN wajib menang apabila memasuki gelanggang pilihan raya termasuklah bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai. Menurutnya, ini ditambah berdasarkan kajian dan kehendak rakyat yang mahukan BN kembali mewakili suara-suara mereka di Parlimen setelah Pakatan Harapan (PH) tidak mahu menunaikan janji-janji […]

» Read more

Anak Muda Tuntut Janji-janji PH Dalam Manifesto Mereka

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Hampir setahun setengah Pakatan Harapan (PH) mentadbir namun sehingga kini janji-janji mereka terhadap anak muda masih beluam tertunai. Sehubungan itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai akan menjadi platform bagi menyedarkan anak muda bahawa mereka telah ditipu oleh PH. Exco Pergerakan Pemuda, Bastien Onn berkata, adalah penting setiap janji-janji yang dilontarkan oleh PH kepada anak-anak […]

» Read more

Kerajaan Terbina Atas Fitnah Akan Runtuh Sendiri – Dr Ahmad Zahid

BENTONG, 27 Okt – “Saya pernah sebut berkali-kali, kerajaan yang terbina atas dasar fitnah akan runtuh dengan fitnah mereka sendiri,” ujar Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Jelas beliau, ini terbukti apabila kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) gagal untuk menunaikan janji yang akhirnya membuatkan rakyat sedar mereka sudah tertipu. “Rakyat sudah sedar dan menyesal tapi kena tunggu beberapa […]

» Read more
1 … 2,295 2,296 2,297 2,298 2,299 … 2,524