LGE Bakal Diiktiraf Menteri Kewangan Paling Dangkal, Tak Sehebat Dilaungkan – Shahrir

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Lim Guan Eng (LGE) bakal diiktiraf sebagai menteri kewangan yang paling dangkal kerana sudahlah ekonomi negara merundum, rakyat terbeban dengan kos hidup yang meninggi dan kini, kewangan kerajaan pun terjejas, kata Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Jelasnya, belanjawan negara melibatkan pendapatan dan perbelanjaan kerajaan namun apabila pendapatan berkurangan kerana cukai-cukai SST dan yang baru tidak dapat menampung perbelanjaan, pilihan yang ada bagi kerajaan Pakatan Harapan (PH) ialah menambah hutang negara, menjual aset kerajaan dan meminta syarikat-syarikat milik kerajaan membayar dividen lebih kepada kerajaan.

“Kerajaan PH sedang buat kesemuanya sekali. Kesimpulannya, pengurusan kewangan negara dibawah Lim Guan Eng selaku menteri kewangannya terbukti tidak sehebat seperti dilaungkan olih puaknya dalam Dap dan Amanah.

“Ianya laungan tanpa harapan!” bidas beliau lagi menerusi kenyataan dalam laman facebooknya.

Beliau berkata demikian melihat kepada perkembangan ekonomi tempatan hari ini dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan PH. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.