Cermin Diri Sendiri Dahulu Sebelum Tuduh BN – Onn Hafiz

MELAKA, 8 Nov – Pemimpin yang gemar mengkritik Barisan Nasional (BN) seharusnya mencermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum mempertikaikan pihak lain, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata, pihak yang sering membangkitkan pelbagai dakwaan terhadap kepimpinan BN sebaliknya dilihat tidak menyentuh beberapa isu yang turut menjadi perhatian rakyat terhadap kepimpinan mereka.

Menurutnya, dalam ucapan pemimpin berkenaan, mereka begitu lantang menyentuh pelbagai perkara berkaitan BN, namun tidak pula membangkitkan isu berkaitan kepincangan mereka.

“Mereka mengatakan pemimpin-pemimpin kita di peringkat BN macam-macam, tetapi tidak ada satu pun dalam ucapan-ucapan mereka sentuh tentang corporate mafia, mereka tak sentuh tentang Lim Guan Eng….

“Jadi kalau dia nak kata kita, cermin diri sendiri dululah,” katanya ketila ditemui dalam sesi kempen sempena Pilihan Raya Negeri ( PRN) Melaka, hari ini.

Onn Hafiz berkata demikian ketika mengulas kritikan terhadap kepimpinan BN, sambil mengingatkan bahawa setiap pihak perlu melihat dan menilai tindakan serta pendirian sendiri sebelum menjadikan pihak lain sebagai sasaran kecaman.

Beliau menegaskan mesej bahawa sikap saling menuding jari tanpa terlebih dahulu menilai diri sendiri tidak seharusnya menjadi pendekatan dalam berpolitik. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO