PRK Tanjung Piai: Jentera Sepakat Bersatu Tenaga Pastikan Kemenangan BN

TANJUNG PIAI, 30 Okt – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bakal berlangsung 16 Nov depan akan menjadi fokus utama Barisan Nasional (BN) dalam usaha untuk memenangi Parlimen tersebut termasuklah anggota jentera parti yang telahpun melaksanakan gerak kerja.

Bagi, Norizwan Kamaruddin, PRK Tanjung Piai adalah PRK pertama semenjak Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS ditandatangai dan tentunya ia akan memberikan sumbangan yang sangat besar kepada pengukuhan jentera.

Jelas beliau, peringatan dan semangat yang dizahirkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi amat bermakna iaitu jentera parti khususnya BN dan PAS bersatu tenaga memastikan kemenangan.

“Pengerusi BN menekankan bahawa ada sahabat baru iaitu dari parti PAS dan parti-parti komponen dalam BN untuk menguatkan jentera parti dan kali ini kita akan menggembling tenaga demi kemenangan bersama.

“Jentera parti, orang muda dan semua pengundi-pengundi di Tanjung Piai ini bersemangat untuk memastikan kemenangan BN walaupun kita tahu PRK kali ini adalah amat getir dan sukar namun kita yakin BN mampu untuk memenanginya,” katanya kepada UMNO-Online di Bilik Gerakan BN Tanjung Piai, di sini.

Sementara itu Khairul Mohd Amin yang turut serta menghadiri perasmian Jentera BN baru-baru ini menyokong penuh apa yang telah disampaikan oleh Pengerusi BN iaitu kerajaan lama lebih baik dari kerajaan sekarang.

“Apa yang dilakukan oleh BN adalah kebaikan untuk anak bangsa dan negara. Semangat pejuang-pejuang BN sangat kuat dan kami harap akan berpihak pada BN pada PRK kali ini.

“Saya harap pengundi-pengundi di Tanjung Piai terutama sekali anak-anak muda janganlah terpengaruh janji-janji yang telah ditaburkan oleh Pakatan Harapan (PH).

“Harapan kami pengundi-pengundi di Tanjung Piai ini tidak lagi tertipu dengan apa yang dijanjikan oleh PH seperti PTPTN, tol percuma dan sebagainya. Sampai ke hari ini selama setahun lebih kerajaan PH memerintah tidak dapat dilaksanakan.”

Tambah Khairul lagi, golongan muda akan terus bekerja keras untuk mengembalikan Tanjung Piai ini ke tangan BN dan tidak sanggup ditipu kali kedua.

Dalam pada itu, Mohammad Khaled Nordin turut mengharapkan golongan muda dapat mengembalikan dan merampas semula kerusi Parlimen Tanjung Piai ini untuk BN.

“Anak muda hari ini perlu mengundi pihak yang benar agar negara ini dikembalikan pada satu landasan yang betul dan tepat, supaya negara dapat berkembang dengan baik dan pada masa sama dapat mengembalikan nasib anak muda yang terjamin untuk negara ini.

“Apa yang kami perjuangkan selama ini telah menyediakan banyak platfom untuk anak-anak muda menyuarakan pendapat dan pandangan dalam menjalankan khidmat tanggung jawab sosial kepada anak muda yang patriotisme semakin pudar, ujarnya yang juga anggota Aktivis Belia Muda Johor. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.