Anak Muda Tuntut Janji-janji PH Dalam Manifesto Mereka

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Hampir setahun setengah Pakatan Harapan (PH) mentadbir namun sehingga kini janji-janji mereka terhadap anak muda masih beluam tertunai.

Sehubungan itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai akan menjadi platform bagi menyedarkan anak muda bahawa mereka telah ditipu oleh PH.

Exco Pergerakan Pemuda, Bastien Onn berkata, adalah penting setiap janji-janji yang dilontarkan oleh PH kepada anak-anak muda dapat dipenuhi tanpa sebarang alasan.

“Pemuda akan memberikan penekanan kepada isu-isu semasa yang dekat di hati pengundi muda terutamanya janji-jani manifesto yang tidak ditepati dan ini telah menjejaskan aktiviti serta perjalanan hidup terutamanya anak-anak muda.

“Apa yang ditampilkan dan dijanjiikan selama ini tidak ditepati malah kedudukan ekonomi negara menjadi semakin buruk, maka orang-orang muda yang bekerja tidak dapat meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik dari sebelum ini,” katanya kepada UMNO-Online.

Bastien yang juga Ketua Pemuda UMNO Segamat turut menyokong kerjasama Muafakat Nasional yang akan memberi seribu rahmat kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Saya percaya Muafakat Nasional yang ditandatangani bersama PAS akan memberi kelebihan kepada PRK Tanjung Piai iaitu PRK pertama selepas Muafakat Nasional termeterai. Ia akan memberi impak yang besar kepada PH sekiranya BN dapat memenanginya.

“Saya yakin kekuatan PAS akan membantu dan kita akan sama-sama berusaha memastikan kemenangan BN,” ujarnya lagi – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.