Semak Kegagalan Pelaksanaan ‘Total Lockdown’- Mustafa Shah

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Mustafa Shah Abdul Hamid berkata  kerajaan wajar menyemak semula pelaksanaan ‘total lockdown’ ketika ini yang gagal memberi hasil seperti mana diharapkan dan negara masih mencatat peningkatan kes COVID-19. Ini kerana katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur  akan memberi tekanan kepada rakyat yang sememangnya telah rimas […]

» Read more

Moratorium 2.0: Bagi Macam Tak Nak Bagi

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Dalam Wawancara Money Matters yang disiarkan petang semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendakwa bahawa Bank bakal rugi RM20 bilion jika memansuhkan faedah semasa moratorium. Isu utama yang Pemuda UMNO bangkitkan sebelum ini setelah mendapat pelbagai maklum balas daripada rakyat ialah ketidak-seragaman dari segi penawaran Moratorium oleh Bank-bank, sehinggakan Rakyat dipaksa […]

» Read more

Bendera Putih Atau Merah…Pupuk Semangat Saling Membantu, Beri Impak Positif – Pemuda UMNO Sabah

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain berkata kempen bendera putih mahu pun merah sebenarnya mengingatkan kepada sikap saling bantu membantu di kalangan masyarakat khususnya pemimpin dalam usaha membantu rakyat yang memerlukan. Namun jelas beliau usaha pihak-pihak tertentu yang turut mewar-warkan kempen bendera hitam merupakan pendekatan negatif yang tidak membawa impak sama sekali. “Saya […]

» Read more

Rakyat Terus Menderita, Penularan COVID-19 Bukan Turun Tapi Makin Berganda – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa rakyat terus menderita, dalam kesusahan dan kesengsaraan disebabkan penularan COVID-19 bukan semakin turun sebaliknya semakin berganda. Beliau berkata demikian berikutan terkini (3 Julai 2021) 6,658 kes baharu dilaporkan, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 66,958 kes menjadikan jumlah kes positif 772,607. “Keadaan ini menimbulkan persoalan […]

» Read more

Wajar Pertimbangkan Moratorium Pinjaman Perumahan LPPSA – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 3 Julai –  Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia banyak menerima maklum balas berupa rintihan dan keresahan penjawat awam yang kebanyakannya kumpulan sokongan. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata mereka mengharapkan agar moratorium bayaran balik pinjaman dapat dipanjangkan pelaksanaannya untuk pinjaman perumahan Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA). “Rata-rata mengeluh walaupun mengakui akan gaji dan emolumen mereka tidak terjejas, […]

» Read more

Pengusaha Kantin Sekolah Kena Bayar Sewa Tapi Sekolah Lama Sudah Ditutup – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Kerajaan sepatutnya tonjolkan sikap prihatin supaya menjadi contoh yang terbaik untuk diteladani, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ini kerana katanya,  walaupun sekolah ditutup  sebaliknya pengusaha kantin sekolah tetap dituntut bayar sewa kantin. Jelas beliau, masih perlu bayar sewa antara RM1,200 sehingga RM4,000 sebulan. “Diberi notis peringatan kutipan sewa sedangkan sekolah sudah […]

» Read more

Menteri MITI Masih Pertahan Pembukaan Kilang, Rakyat Makin Sengsara – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) masih lagi mempertahankan pembukaan kilang yang merupakan penyumbang terbesar jumlah kes COVID-19 yang tinggi ketika ini, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Jelas beliau, pembukaan kilang yang di bawah MITI ini menyebabkan rakyat semakin sengsara akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang separuh masak ini. “Menteri […]

» Read more

UMNO Terus Bela Nasib Rakyat, Bantu Masyarakat Terjejas COVID-19 – Azmi Amir

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Sabah adalah antara negeri yang terjejas ekoran penularan pandemik COVID-19 sejak dari PKP 1.0 sehingga kini. Sehubungan itu, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Mohammad Azmi Amir Husin memaklumkan bahawa UMNO Bahagian Kota Kinabalu terus memainkan peranan sebagai pembela rakyat dalam membantu masyarakat yang terjejas akibat pandemik ini, kata .  “UMNO Kota Kinabalu telah meletakkan […]

» Read more

Rakyat Semakin Keliru, Dipermainkan Cara Kerajaan PN Tangani COVID-19 – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Julai – “Rakyat semakin keliru dan sangsi dengan cara kerajaan Perikatan Nasional (PN) menguruskan pandemik COVID-19,” demikian luahan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan keadaan semasa yang dihadapi rakyat pada ketika ini. Jelas beliau, rakyat juga berasa seolah-olah dipermainkan kerana sia-sia sahaja lebih tiga puluh hari berkorban menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun kes […]

» Read more

UMNO Kudat Cakna Nasib Rakyat… Program Bakul Makanan Berikan Harapan – Juraidi Silah

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kudat, Juraidi Silah memaklumkan bahawa UMNO sentiasa cakna dengan nasib rakyat khususnya dalam berdepan kesulitan sepanjang pandemik COVID-19. . Katanya, UMNO Bahagian Kudat peka dan sentiasa membantu rakyat yang memerlukan demi meringankan beban yang ditanggung mereka dengan menyalurkan ‘bakul makanan’ bagi penduduk-penduduk yang terjejas ekoran pandemik ini. “Sepanjang pandemik COVID -19, […]

» Read more
1 1,682 1,683 1,684 1,685 1,686 2,428