UMNO Kudat Cakna Nasib Rakyat… Program Bakul Makanan Berikan Harapan – Juraidi Silah

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kudat, Juraidi Silah memaklumkan bahawa UMNO sentiasa cakna dengan nasib rakyat khususnya dalam berdepan kesulitan sepanjang pandemik COVID-19. .

Katanya, UMNO Bahagian Kudat peka dan sentiasa membantu rakyat yang memerlukan demi meringankan beban yang ditanggung mereka dengan menyalurkan ‘bakul makanan’ bagi penduduk-penduduk yang terjejas ekoran pandemik ini.

“Sepanjang pandemik COVID -19, UMNO Bahagian Kudat yang melibatkan semua sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri secara berskala ‘turun padang’ membantu rakyat yang susah serta mengagih-agihkan bakul makanan.

“Bahkan sehingga kini UMNO Kudat telah menyediakan ‘food bank’ yang dikendalikan oleh Wanita dan Puteri UMNO Bahagaian Kudat. Sumbangan-sumbangan yang diberikan adalah untuk memastikan agar rakyat sentiasa terbela demi kelangsungan hidup,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Tambah Juraidi lagi, bakul makanan yang diagih-agihkan kepada penduduk kesemuanya diperolehi dari sumbangan UMNO Sabah dan Pemimpin Pusat yang sentiasa cakna terhadap keperitan rakyat.

“Bakul makan ini diperolehi dari sumbangan UMNO Sabah dan juga sumbangan peribadi Ketua UMNO Bahagian Kudat, Akram Ismail serta sumbangan dari ketua Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Kudat.

“Malah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengkoka, Harun Durabi juga turut membantu masyarakat menyerahkan bakul makanan kepada penduduk setempat,” tegasnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.