Kaitkan Nama Allah Dalam Kegagalan Kerajaan, Kit Siang Sangat Biadap – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menganggap perbuatan Lim Kit Siang yang menulis ‘kerajaan Allah’ bagi menggambarkan pimpinan negara sekarang amat biadap dan kurang ajar serta mesti diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa. Tegasnya, mempermainkan kesucian nama Allah dan mengaitkannya dengan kegagalan kerajaan hari ini menguruskan pandemik COVID-19 adalah satu bentuk penghinaan […]

» Read more

Bukan Berpolitik… UMNO Terus Fokus Kebajikan Rakyat Terjejas, Hilang Pendapatan – Mohd Noor

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad memaklumkan bahawa bantuan dan perhatian UMNO bukan untuk berpolitik sebaliknya kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan khususnya mereka yang berdepan kesulitan ekoran pendapatan terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19. Katanya, UMNO negeri sentiasa cakna dengan permasalahan ini dan sentiasa mendekati golongan […]

» Read more

Kenapa Ordinan Darurat Dan Pelan Pemulihan Negara Tidak Mahu Dibahaskan?

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Sudah terang lagi bersuluh bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mahukan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen sebagaimana kenyataan media Istana Negara dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebelum ini. Namun menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, timbul persoalan kenapa masih […]

» Read more

Umum Tarikh Parlimen Tidak Ubah Hak UMNO Untuk Kekal Atau Keluar PN – Shahril

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Pengumuman tarikh Sidang Khas Parlimen oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) tidak mengubah hak UMNO untuk kekal atau keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN). Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menegaskan, apa yang penting ialah segala perkara yang direncana harus dibahas secara telus. “Apabila UMNO membantu mendefinisikan apa maksud segera dan secepat mungkin, barulah nampak tindak balas […]

» Read more

Terus Bantu Rakyat… Setinggi Penghargaan Kepada UMNO Bahagian, Cawangan Dan NGO – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada UMNO bahagian dan cawangan-cawangan di seluruh Malaysia. Kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, ucapan terima kasih juga dizahirkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan kepada rakyat dalam kesusahan. “Syukur Alhamdulillah ramai yang tampil memberi bantuan yang tidak […]

» Read more

Parlimen Wajar Bersidang Paling Kurang 20 Hari, Banyak Perkara Harus Diperbincangkan

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Parlimen wajar bersidang paling kurang sebanyak 20 hari untuk membahaskan banyak perkara mengenai COVID-19 dan juga Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12). Perkara demikian antara tiga cadangan yang dilontarkan oleh Ahmad di Twitternya merujuk kepada kenyataan media Pejabat Perdana Menteri hari ini yang berkata persidangan khas Dewan Rakyat […]

» Read more

Ismail Sabri Buat Laporan Polis Kenyataan Fitnah Pemilik Akaun Facebook

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat laporan polis berhubung kenyataan pemilik akaun Facebook bernama Lokman Adam berhubung tuduhan fitnah terhadap beliau. Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, jam 2.30 petang tadi. “Saya telah diarahkan untuk […]

» Read more

Menteri Kewangan Jangan Buat Kenyataan Angkuh, Bidas Zahida

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Ia satu kenyataan sangat-sangat angkuh daripada orang kerajaan yang berkewajipan menjaga kesejahteraan rakyat, walaupun Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin baru menyatakan bahawa moratorium kepada semua akan diberikan di bawah pelan rangsangan kerajaan baru-baru ini. Demikian bidas Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan respon kepada satu laporan mengenai kenyataan Menteri Kewangan […]

» Read more

Isu Vaksin AZ, Penjelasan Segera Perlu Diberi – Jalaluddin

JELEBU, 5 Julai – Dalam dua tiga hari ini, heboh di media sosial berkenaan dengan isu pengiktirafan vaksin AstraZeneca (AZ) oleh Kesatuan Eropah (EU) yang dikatakan tidak mengiktiraf dan tidak akan membenarkan individu yang menerima suntikan vaksin AstraZeneca untuk masuk ke negara mereka. Bagi Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias, beliau menggesa kerajaan menerusi kementerian yang berkaitan perlu segera […]

» Read more

Hari Ke-14 Misi Bantuan Kemanusiaan UMNO, Terus Bersemangat Demi Panji dan Solidariti Rakyat Malaysia

KAHERAH, 5 Julai – Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Palestin (HM4P) oleh Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) telah 14 hari meninggalkan tanah air bagi melaksanakan amanah menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin selain menunjukkan solidariti Malaysia terhadap perjuangan mereka. Pengerusi BKUM merangkap ketua misi terbabit, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memaklumkan bahawa anggota seramai 17 orang sentiasa bersemangat meneruskan misi terbabit. […]

» Read more
1 1,680 1,681 1,682 1,683 1,684 2,428