UMNO Terus Bela Nasib Rakyat, Bantu Masyarakat Terjejas COVID-19 – Azmi Amir

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Sabah adalah antara negeri yang terjejas ekoran penularan pandemik COVID-19 sejak dari PKP 1.0 sehingga kini.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Mohammad Azmi Amir Husin memaklumkan bahawa UMNO Bahagian Kota Kinabalu terus memainkan peranan sebagai pembela rakyat dalam membantu masyarakat yang terjejas akibat pandemik ini, kata .

 “UMNO Kota Kinabalu telah meletakkan diri sebagai ‘barisan hadapan’ ketika rakyat memerlukan walaupun sedar sudah pasti risiko jangkitan tetap ada. Itulah pengorbanan yang patut dilakukan namun kita tetap utamakan SOP yang ketat agar diri dan keluarga dapat terlindung dari wabak ini.

“UMNO Bahagian Kota Kinabalu memainkan peranan selaku penghubung diantara kerajaan dan rakyat kerana itulah salah satu fungsi sebuah parti politik iaitu menjadi pengantara bagi meringankan beban masyarakat yang memerlukan,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Seterusnya kata Azmi lagi, UMNO Bahagian Kota Kinabalu turut mengadakan inisiatif ‘food bank’ yang bertempat masjid-masjid dan surau sekitar kawasan terbabit.

“Ketika pandemik ini, masjid  dan surau bukan saja sebagai tempat solat malah ia sebagai tempat pemberian bantuan kepada yang memerlukan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, kata Azmi lagi, UMNO Bahagian Kota Kinabalu turut berkerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Negeri Sabah.

“Selain itu UMNO Bahagian Kota Kinabalu turut berkerjasama bersama NGO yang di bawah naungan UMNO antaranya Kelab Komuniti Bandaraya Kota Kinabalu, Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Wanita Kota Kinabalu (JELITA), Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Wanita Muda Kota Kinabalu (JELITA MUDA) dan Amal Bakti Likas (A.B.L).

“Pihak JKM Sabah berlapang dada dan berganding tangan berkerjasama dengan UMNO Bahagian Kota Kinabalu bagi menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang terjejas malah UMNO Kota Kinabalu telah beberapa kali mengadakan program bersama dengan MCA Kota Kinabalu bagi menghulurkan bantuan kepada masyarakat termasuklah bangsa Cina dan kaum-kaum lain,” ujarnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.