EXCO Melaka Diumumkan Minggu Depan – Sulaiman

MELAKA, 21 Nov – Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 awal pagi ini berkata senarai Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri bagi membantu pentadbirannya akan diumumkan pada minggu depan. Katanya beliau akan meneliti perkara berkenaan terlebih dahulu sebelum membincangkannya dengan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam. “Insya-Allah saya akan memaklumkan perkara […]

» Read more

PRN Melaka: Solidariti Bawa Kejayaan, Pemimpin BN Janji Tunai Manifesto

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Semangat solidariti yang ditunjukkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15, telah membawa kejayaan cemerlang kepada pakatan itu, hingga menawan dua pertiga daripada 28 kerusi yang dipertandingkan. Menyampaikan ucapan tahniah kepada calon dan kepimpinan BN, Ketua UMNO bahagian Ketereh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, kini masanya […]

» Read more

Syukur Atas Kemenangan, Khidmat Kepada Rakyat Harus Digandakan – Khaled

MELAKA, 21 Nov – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru semua untuk membanyakkan lafaz syukur ke hadrat Ilahi atas kemenangan yang sudah pasti menggembirakan semua. Khaled juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera dari semua parti komponen, sukarelawan dari seluruh negara dan pasukan penggerak yang telah bekerjasama memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN). “Kepada […]

» Read more

BN Menang, Bukti Rakyat Tolak Fitnah… Mahukan Kestabilan Demi Kemakmuran – Ku Nan

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menzahirkan kesyukuran kerana Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan cemerlang dengan memperoleh dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam yang menyaksikan menerima mandat untuk kembali mentadbir kerajaan negeri. Katanya, kemenangan ini adalah bukti bahawa rakyat tolak fitnah, caci-maki dan adu domba […]

» Read more

Wanita UMNO Rakam Penghargaan Kepada Pengundi, Seluruh Jentera Parti – Norshida

AYER KEROH, 20 Nov – Wanita UMNO menzahirkan penghargaan kepada semua pengundi Melaka dan petugas pilihan raya yang menunaikan tanggungjawab masing-masing pada pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada hari ini. Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim berkata lebih manis adalah kepada pengundi yang telah memberikan kemenangan yang besar dan bergaya kepada Barisan Nasional (BN). “Budi pekerti jentera BN pelbagai peringkat […]

» Read more

PRN Melaka: BN Menang, Kembali Bentuk Kerajaan Negeri

MELAKA, 20 Nov – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan cemerlang dan bergaya dengan memperoleh dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini, sekali gus menerima mandat untuk kembali mentadbir kerajaan negeri. Keputusan PRN itu menyaksikan gabungan UMNO, MCA dan MIC memperoleh 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi […]

» Read more

Keputusan PRN Melaka Signal Baharu Rakyat, Kembali Yakin Pada BN – Ahmad Zahid

HANG TUAH JAYA, 20 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi Melaka atas kepercayaan yang diberikan kepada BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. Katanya, keputusan ini juga merupakan signal baharu daripada rakyat malah ianya juga akan diterjemahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang. “Syukur Alhamdulillah kemenangan […]

» Read more

Mengundi Saat Akhir, Rakyat Telok Mas Laksana Kewajipan

KOTA MELAKA, 20 Nov – Menjelang penutupan pusat pengundian pada jam 5.30 petang, masih ada dalam kalangan warga Telok Mas mengambil kesempatan menunaikan tanggungjawab melakukan undian. Tinjauan UMNO Online di Sekolah Menengah Kebangsaan Perni di sini mendapati segelintir daripada mereka lebih selesa untuk melakukan proses pengundian pada saat akhir. Meskipun cuaca terik namun ianya tidak menghalang mereka daripada memilih calon […]

» Read more

Suasana Semakin Lengang Di Pusat Pengundian Pada Sebelah Petang

MASJID TANAH, 20 Nov- Suasana pengundian sebelah petang di beberapa kawasan pusat pengundian menampakkan keadaan lengang. Berdasarkan tinjauan UMNO Online, di Sekolah Kebangsaan Jeram di sini, hanya beberapa pengundi dilihat memasuki pusat pengundian yang akan ditutup pada pukul 5.30 petang nanti. Pusat pengundian ini merupakan salah satu lokasi yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk kawasan Dewan Undangan […]

» Read more

Proses Pengundian SK Sempang Merlimau Berjalan Lancar

JASIN, 20 Nov – Proses pengundian di Sekolah Kebangsaan Sempang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menyaksikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Sebilangan pengundi juga ditemani oleh ahli keluarga yang menunggu di bahagian luar sekolah. Disebabkan tidak berlaku kesesakan mereka juga diberi peluang untuk meletakkan kenderaan di bahagian tepi bahu jalan. Kerusi DUN ini menyaksikan pertembungan tiga […]

» Read more
1 2 3 4 5 6 … 34