Kejayaan PRN Melaka, Tanda Sokongan Rakyat Kembali Kepada BN, UMNO – Mahdzir

SHAH ALAM, 22 Nov – Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekali gus dapat membentuk kerajaan menunjukkan sokongan rakyat kembali kepada parti itu, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid. “Terima kasih orang Melaka yang telah memberikan sokongan kepada BN, nampak satu tanda dinamik dalam politik selepas empat tahun, sokongan rakyat telah kembali kepada UMNO […]

» Read more

BN Rakam Penghargaan Untuk Rakyat Melaka – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) mengucapkan terima kasih kepada rakyat Negeri Melaka yang telah melaksanakan tanggungjawab pengundian dalam kerangka demokrasi berparlimen Malaysia pada pilihan raya negeri (PRN) itu Sabtu lalu. Justeru kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan media, dengan penuh kerendahan jiwa dan kesedaran dhamir, parti itu mengucapkan kesyukuran kepada […]

» Read more

PRN Melaka : Dakwaan PH Dan PN Timbulkan Seribu Satu Persoalan – Puad

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata dakwaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bahawa kekalahan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disebabkan peratusan keluar mengundi rendah menimbulkan persoalan. Jelas beliau apakah Barisan Nasional (BN) juga tidak terkesan dengan alasan yang sama sedangkan parti itu mendapat 2/3. “PH […]

» Read more

UMNO Tangga Batu Ambil Tindakan Singkir Pengkhianat, Pembelot

KUALA LUMPUR, 22 Nov – UMNO Bahagian Tangga Batu mendakwa wujud unsur sabotaj di kalangan ahlinya ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu. Ketuanya, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata ada di kalangan ahlinya yang bertindak membantu calon lawan dan tidak keluar untuk mengundi sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai melanggar prinsip parti. “Walaupun kejayaan ini telah kita kecapi, saya […]

» Read more

PRN Melaka Permulaan, PRU-15 Destinasi… UMNO Terus Perkasa BN Bersama Rakan Komponen – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah permulaan kerana Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 adalah destinasinya. Katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), kestabilan demi kemakmuran rakyat dan negara adalah misi utama. “Terlalu banyak boleh dibicarakan tentang kemenangan mutlak BN dalam PRN Melaka. “Syukur Alhamdulillah, sesungguhnya […]

» Read more

Sulaiman Mula Tugas Sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13

MELAKA, 22 Nov – Datuk Seri Sulaiman Md Ali memulakan tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 dengan memasuki pejabatnya di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, pagi ini. Sulaiman, 55, tiba dengan menaiki kenderaan rasmi Ketua Menteri pada 8.25 pagi dan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Hasim Hasan serta kakitangan pejabat pentadbiran kerajaan negeri. Beliau kemudian mengimbas […]

» Read more

Kami Sokong Sulaiman Sebagai Ketua Menteri, Tiada Tentangan – Ab Rauf

ALOR GAJAH, 22 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menafikan khabar angin bahawa terdapat tentangan terhadap pelantikan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri. Beliau berkata, kesemua ketua-ketua bahagian parti itu di negeri ini sebulat suara menyokong penuh pelantikan itu sebagaimana dinyatakan sebelum ini. ”Saya ingin maklumkan bahawa kami tiada masalah, kita telah […]

» Read more

Kemenangan BN Bukti Rakyat Melaka Pilih Kestabilan – Sharkar

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Melaka kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu membuktikan mereka memilih kestabilan demi kemakmuran. Menurut beliau kemenangan memperoleh 21 kerusi daripada 28 kerusi DUN membuktikan rakyat setia menyokong BN kerana bukti sedia ada membawa kemajuan […]

» Read more

Keputusan PRN Melaka Jadi Bukti Rakyat Rindukan Pentadbiran Kerajaan BN

KUALA LUMPU, 21 Nov – Rakyat Melaka telah membuktikan kepada semua bahawa rakyat Malaysia masih sayangkan Barisan Nasional (BN) dan kerana itu orang Melaka kembali mencurahkan kasih sayang kepada BN dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat Melaka menjadi bukti yang nyata ramai rakyat Malaysia merindui pentadbiran kerajaan BN. “Kerajaan […]

» Read more

Sulaiman Kembali Terajui Melaka Sebagai Ketua Menteri

MELAKA, 21 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali kembali menerajui negeri Melaka sebagai Ketua Menteri ke-13. Sulaiman, 55, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka pada Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Dewan Seri Utama […]

» Read more
1 2 3 4 33