Wanita UMNO Rakam Penghargaan Kepada Pengundi, Seluruh Jentera Parti – Norshida

AYER KEROH, 20 Nov – Wanita UMNO menzahirkan penghargaan kepada semua pengundi Melaka dan petugas pilihan raya yang menunaikan tanggungjawab masing-masing pada pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada hari ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim berkata lebih manis adalah kepada pengundi yang telah memberikan kemenangan yang besar dan bergaya kepada Barisan Nasional (BN).

“Budi pekerti jentera BN pelbagai peringkat juga dikenang sepanjang tempoh berkempen berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi memenangi dan menyakini hati rakyat memilih BN.

“Tidak lupa juga kepada petugas dan penguatkuasa keselamatan yang memastikan bahawa kesemua pengundi dapat menunaikan tanggungjawab dengan aman dan lancar mengikut SOP yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online, di sini, malam tadi.

Norshida seterusnya menambah kemenangan yang diperolehi hari ini jelas menunjukkan bahawa BN masih diterima oleh rakyat serta terus yakin kepada parti itu untuk mentadbir Negeri Melaka.- UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.