Sekretariat Khas Ditubuh Pantau Prestasi Wakil Rakyat – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Pemuda BN akan menubuhkan satu Sekretariat Khas untuk memantau prestasi dan pencapaian wakil-wakil rakyat yang dipilih. Kata Ketua Pemuda UMNO itu lagi, ini bagi memastikan khidmat bakti kepada rakyat bukan suatu omongan kosong tiada makna. “Yang paling utama jangan sesekali alpa dan leka dengan […]

» Read more

PRN Melaka: Bukti Rakyat Utamakan Kestabilan Politik, Kemakmuran Negara – Bung

KOTA KINABALU, 21 Nov – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah petunjuk yang jelas bahawa rakyat mahukan kestabilan politik di negara ini. Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata kemenangan ini juga memberikan petunjuk bahawa kesetiaan serta kepercayaan rakyat kepada BN masih utuh. “Setakat ini dua PRN sudah kita lalui Sabah dan […]

» Read more

PRN Melaka : Alhamdulillah Kepercayaan Rakyat Satu Amanah – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 21 NOV – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad melahirkan rasa syukur ata kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Melakakepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berakhir semalam. Katanya kepercayaan itu adalah satu amanah dan Alhamdulillah kerja beraungguh-sungguh semua pihak akhirnya membuahkan hasil. “Alhamdulillah kerja keras ini buahkan hasil, dan BN telah […]

» Read more

Terima Kasih Keluarga Malaysia Melaka Pilih BN… Kebajikan, Kemajuan Ekonomi Agenda Utama – PM

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada ‘Keluarga Malaysia’ di Melaka kerana memilih Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan baharu, semalam. Jelasnya, inilah semangat Keluarga Malaysia yang mana semua menuju ke destinasi sama untuk membangunkan kembali Malaysia selepas mengharungi pandemik yang mencabar. “Insya-Allah kebajikan dan kemajuan ekonomi negeri […]

» Read more

Mandat Rakyat Untuk BN… Laksanakan Dengan Istiqamah ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’ – Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata mandat telah diberikan oleh rakyat Melaka maka kini masanya untuk Barisan Nasional (BN) dan UMNO membalas kepercayaan dan harapan yang diberikan. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga Melaka yang telah memberi kepercayaan kepada BN untuk menerajui semula kepimpinan negeri Melaka menerusi undi mereka. “Tahniah […]

» Read more

‘Kestabilan Demi Kemakmuran’… BN Berpegang Janji Demi Kepentingan Rakyat – Shamsul Anuar

AYER KEROH, 21 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yakin bahawa Barisan Nasional (BN) akan berpegang kepada janji selepas menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Katanya, BN menggunakan pendekatan-pendekatan yang baharu dan rakyat mahukan perubahan, kestabilan serta melaksanakan tanggungjawab bagi membawa kemakmuran. “Saya percaya BN akan memegang kepada janji sebagaimana disebut oleh […]

» Read more

EXCO Melaka Diumumkan Minggu Depan – Sulaiman

MELAKA, 21 Nov – Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 awal pagi ini berkata senarai Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri bagi membantu pentadbirannya akan diumumkan pada minggu depan. Katanya beliau akan meneliti perkara berkenaan terlebih dahulu sebelum membincangkannya dengan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam. “Insya-Allah saya akan memaklumkan perkara […]

» Read more

PRN Melaka: Solidariti Bawa Kejayaan, Pemimpin BN Janji Tunai Manifesto

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Semangat solidariti yang ditunjukkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15, telah membawa kejayaan cemerlang kepada pakatan itu, hingga menawan dua pertiga daripada 28 kerusi yang dipertandingkan. Menyampaikan ucapan tahniah kepada calon dan kepimpinan BN, Ketua UMNO bahagian Ketereh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, kini masanya […]

» Read more

Syukur Atas Kemenangan, Khidmat Kepada Rakyat Harus Digandakan – Khaled

MELAKA, 21 Nov – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru semua untuk membanyakkan lafaz syukur ke hadrat Ilahi atas kemenangan yang sudah pasti menggembirakan semua. Khaled juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera dari semua parti komponen, sukarelawan dari seluruh negara dan pasukan penggerak yang telah bekerjasama memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN). “Kepada […]

» Read more

BN Menang, Bukti Rakyat Tolak Fitnah… Mahukan Kestabilan Demi Kemakmuran – Ku Nan

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menzahirkan kesyukuran kerana Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan cemerlang dengan memperoleh dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam yang menyaksikan menerima mandat untuk kembali mentadbir kerajaan negeri. Katanya, kemenangan ini adalah bukti bahawa rakyat tolak fitnah, caci-maki dan adu domba […]

» Read more
1 2 3 4 5 33