Mengundi Saat Akhir, Rakyat Telok Mas Laksana Kewajipan

KOTA MELAKA, 20 Nov – Menjelang penutupan pusat pengundian pada jam 5.30 petang, masih ada dalam kalangan warga Telok Mas mengambil kesempatan menunaikan tanggungjawab melakukan undian.

Tinjauan UMNO Online di Sekolah Menengah Kebangsaan Perni di sini mendapati segelintir daripada mereka lebih selesa untuk melakukan proses pengundian pada saat akhir.

Meskipun cuaca terik namun ianya tidak menghalang mereka daripada memilih calon bagi menjadi wakil kepada mereka di Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka.

Untuk rekod sejumlah 476,037 pengundi berdaftar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan 7,601 individu sudah mengundi secara pos 10,390 anggota polis, tentera dan pasangan mengundi pada Selasa lalu.

PRN Melaka dilaksanakan selepas DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu.

Ianya susulan empat ADUN menarik sokongan terhadap kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.