Proses Pengundian SK Sempang Merlimau Berjalan Lancar

JASIN, 20 Nov – Proses pengundian di Sekolah Kebangsaan Sempang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menyaksikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Sebilangan pengundi juga ditemani oleh ahli keluarga yang menunggu di bahagian luar sekolah.

Disebabkan tidak berlaku kesesakan mereka juga diberi peluang untuk meletakkan kenderaan di bahagian tepi bahu jalan.

Kerusi DUN ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara calon Barisan Nasional, Dr Muhamad Akmal Salleh; Pakatan Harapan, Azrin Ab Majid dan calon Perikatan Nasional, Abd Alim Shapie.

Terdahulu Dr Akmal ketika ditemui pagi tadi memaklumkan beliau telah melakukan proses pembuangan undi pada jam 8.35 pagi tadi di Sekolah Kebangsaan Merlimau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.