Pusat Pengundian Dibuka Bermula 8 Pagi

MELAKA, 20 Nov – Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula 8 pagi ini dengan 217 pusat pengundian dibuka membabitkan sebanyak 1,109 saluran bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan baharu. Pengundian membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi, akan dikendalikan seramai 12,290 petugas pilihan raya di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga waktu mengundi tamat pada […]

» Read more

Tolak Wakil Rakyat ‘Katak Lompat’ Demi Kepentingan Diri

MASJID TANAH, 19 Nov – Pengundi di Melaka menolak calon yang melompat parti, malah menyifatkan individu seperti ini hanya mementingkan diri. Mengimbau kembali Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, Rohaya Abu Bakar, 58, suri rumah, memaklumkan beliau kecewa apabila wakil rakyat yang menjadi kepercayaan beliau berpaling tadah dengan menyertai parti lain. “Kami dulu masa PRU-14 berkempen balik sampai ke satu […]

» Read more

Kempen Terbaik Hadapi PRN Norma Baharu – Dr Zambry

MASJID TANAH, 19 Nov – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan jentera parti telah melaksanakan yang terbaik ketika berdepan dua minggu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini. Jelas beliau, meskipun di luar kelaziman pilihan raya sebelum ini namun ianya dilakukan dengan satu pegangan iaitu bagi memberi kemenangan kepada calon BN seterusnya bagi mengekalkan […]

» Read more

Sulaiman Bawa Kekuatan, Karakter Tersendiri Sebagai Pemimpin – Tun Khalil

MASJID TANAH, 19 Nov – Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob mengakui calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mempunyai kekuatan berserta karakter yang tersendiri sebagai pemimpin. Katanya, calon Ketua Menteri Melaka itu juga merupakan seorang yang komited dalam membawa negeri ke arah pembangunan. “Sulaiman mempunyai personaliti yang sangat bagus tiada siapa boleh […]

» Read more

Kepercayaan Kepada BN Meningkat, Optimis Rakyat Berikan Mandat – Ahmad Zahid

MASJID TANAH, 19 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi optimis Pilihan Raya Negeri (PRN) esok bakal menyaksikan mandat akan diberikan pada Barisan Nasional (BN). Katanya ini kerana beliau melihat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat di negeri ini selepas melakukan kunjungan di beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN). “Alhamdulillah bukan hanya laporan berdasarkan data dan maklum balas kami […]

» Read more

Berilah Kembali Peluang, Undilah BN… Tidak Janji Bulan Bintang Tapi Dah Ada ‘Track Record’ – Asyraf Wajdi

MELAKA, 19 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki merayu dan berharap agar rakyat Negeri Melaka khususnya para pengundi memberikan ruang dan peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) terbabit yang hari pengundiaannya berlangsung esok. Katanya, BN tidak menjanjikan bulan dan bintang tapi dengan manifesto dan’ track record’ yang ada rakyat […]

» Read more

Esok Penentuan Kestabilan Untuk Rakyat Melaka – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hampir tamat dan esok adalah penentuan sama orang Melaka mendapat kerajaan yang stabil dan makmur atau sebaliknya. Menurut beliau untuk memacu pembangunan yang baik mestilah negeri tersebut mempunyai kerajaan yang mahir mentadbir dan kestabilan turut penting kerana […]

» Read more

Puteri UMNO Seru Pengundi Pilih BN, Tolak PH Dan PN… Jangan Lupa Janji-janji Tak Tertunai

MELAKA, 19 Nov – Apakah lupa janji-janji Pakatan Harapan (PH) yang menjadi kerajaan 22 bulan tetapi gagal menunaikannya atau mahu percaya kepada Perikatan Nasional (PN) yang dulunya adalah sebahagian daripada PH? Demikian persoalan yang dilontarkan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan ketika berucap melalui segmen Pentas Anak Muda yang berlangsung malam tadi sempena kempen Pilihan Raya […]

» Read more

Saya Anak Kampung Rim, Beri Kepercayaan Untuk Khidmat Terbaik – Dira

JASIN, 19 Nov – Datuk Khaidhirah Abu Zahar berharap pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim memberikan kepercayaan kepada beliau untuk meneruskan khidmat bakti kepada penduduk di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini. Katanya, seperti rakyat yang lain juga semestinya beliau mahukan daerah ini mendapat pembangunan yang terbaik seterusnya membawa manfaat kepada masyarakat setempat. “Satu hari setengah yang tinggal […]

» Read more

Beri Dokongan Kepada BN Untuk Kemajuan Melaka Berterusan – Dr Zambry

MELAKA, 19 Nov – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Melaka adalah negeri yang maju sepanjang tempoh pentadbiran BN serta menjadi negeri contoh dalam bidang pelancongan dan industri. Menurutnya, rakyat negeri tersebut mempunyai berbagai latar belakang agama dan etnik, hidup dalam harmoni dan saling memahami. “Ini kerana pendekatan BN adalah pendekatan ‘Dacing’ yang seimbang […]

» Read more
1 … 4 5 6 7 8 … 34