Calon KM Melaka Sulaiman Md Ali Berkeperibadian Luhur, Berintegriti Dan Beramanah – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Calon Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali adalah seorang yang berkeperibadian luhur, dikenali seorang yang tegas berintegriti dan beramanah, ujar Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Ujar Ketua Pemuda UMNO itu, Sulaiman yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini juga […]

» Read more

Rakyat Anggap PH ‘Zero’ Tidak Prihatin Rakyat

JASIN, 10 Nov – Pakatan Harapan ternyata tidak mempunyai kredibiliti mentadbir negeri Melaka berdasarkan kekurangan pengalaman dan kecekapan dalam kalangan pemimpinnya. Bagi Roslan Abdul Rahman, 55, beliau menganggap PH sebagai ‘zero’ atau tidak kompeten dalam melakukan tadbir urus negeri khususnya dalam menguruskan kewangan negeri. “PH mereka ini zero… untuk mentadbir tunggu kewangan daripada pusat baru dia agihkan, itu pun belum […]

» Read more

Manifesto Bawa Kestabilan, Bangunkan Negeri Tersusun Dan Teratur – Mohamad Hasan

MELAKA, 10 Nov – Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negara (PRN) Melaka dilancarkan bertujuan membawa kestabilan kepada negeri sekaligus kemakmuran kepada rakyat. Menurut Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan ianya juga merupakan suatu aku janji pada rakyat bahawa tidak ada kemakmuran sekiranya kestabilan dalam politik tidak dicapai sekaligus akan mengganggu pembangunan negeri. “Kestabilan kunci utama kepada […]

» Read more

PRN Medan Ujian BN Untuk Rakyat, Persediaan Menjelang PRU-15 – Sharkar

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berpandangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka merupakan medan ujian setiap parti yang bertanding. Baginya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, apa yang berlaku di Melaka nanti selepas hari mengundi ianya bakal memperlihatkan segala-galanya mana-mana parti yang masuk bertanding. “PRN Melaka medan uji […]

» Read more

Dakwaan Sembilan PDM Bemban Ditutup Tidak Benar

JASIN, 10 Nov – Pengarah Jentera Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Rizman Ghazali menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa sembilan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan tersebut ditutup. Katanya, kesemua PDM telah dibuka selepas pengumuman penamaan calon pada semalam (Isnin) namun hanya satu PDM dipindahkan atas faktor keselamatan kerana kedudukannya yang berbahaya. “Saya menafikan penutupan sembilan PDM tersebut […]

» Read more

PRN Melaka: Manifesto Kestabilan Demi Kemakmuran BN Garis Lima Teras, 103 Inisiatif

MELAKA, 10 Nov – Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bertemakan Kestabilan Demi Kemakmuran, yang menggariskan lima teras dan 103 inisiatif. Pelancaran yang dilaksanakan secara hibrid itu sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN), disempurnakan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan dan dihadiri Datuk Seri Sulaiman Md […]

» Read more

Kemudahan Sukan, Peluang Pekerjaan Antara Tumpuan Cikgu Ali

TANGGA BATU, 10 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata beliau akan memberi tumpuan terhadap beberapa perkara yang berkaitan dengan kepentingan rakyat di kawasan tersebut termasuklah kepada golongan muda. Antara tumpuan itu jelasnya berkaitan pusat sukan sepertimana yang diluahkan oleh golongan belia di […]

» Read more

Pentadbiran PH 22 Bulan Perlu Diambil Teladan, Hanya Janji Sekadar Bulan Bintang – Shahril

MELAKA, 10 Nov – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berharap rakyat di negeri ini memikirkan secara rasional bahawa peralihan kerajaan kepada parti lain hanya sekadar menjanjikan bulan dan bintang kononnya ke arah perubahan yang lebih baik. Katanya, pengalaman selama 22 bulan ditadbir urus oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum ini adalah situasi sebenar untuk rakyat mengambil ianya sebagai sempadan. “Kita […]

» Read more

Promosikan 3 Perkara, Calon BN, Rekod Baik BN Tadbir Negeri Dan Kejayaan BN Pada Negara – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa jentera parti dan Barisan Nasional (BN) untuk melakukan tiga perkara dalam kempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Katanya, tiga perkara yang perlu dilakukan ialah promosikan calon-calon BN, promosikan rekod baik ketika BN mentadbir Melaka dan mempromosikan kejayaan-kejayaan BN ketika menjadi kerajaan Persekutuan Malaysia. “Jadi dengan tiga […]

» Read more

‘Lahabau’ Gambaran Sebenar Dap, Tidak Jaga Sensitiviti Rakyat – Dr Akmal Saleh

JASIN, 10 Nov – Penggunaan perkataan ‘lahabau’ yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kulai dari Dap, Teo Nie Ching disifatkan sebagai tidak mengambil kira sensitiviti rakyat khususnya di negeri ini, kata calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Dr Muhammad Akmal Salleh. Katanya situasi ini membuktikan bahawa pembangkang selalu memainkan sentimen politik murahan meskipun ketika ini Melaka berhadapan […]

» Read more
1 … 19 20 21 22 23 … 34