Isu Banjir Keutamaan Calon DUN Pengkalan Batu

MELAKA, 12 Nov – Calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Kalsom Nordin akan memberikan fokus untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan tersebut sekiranya beliau mendapat kepercayaan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Jelasnya, beliau menerima pelbagai aduan daripada rakyat yang khuatir sekiranya hujan lebat kerana bimbang air di kawasan tersebut naik dan […]

» Read more

Pembangunan Modal Insan, Pendidikan Tumpuan Cikgu Hameed Di Ayer Limau

MASJID TANAH, 12 Nov – Pembangunan modal insan selain soal pendidikan untuk masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau merupakan antara perkara yang bakal menjadi tumpuan bagi calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, Hameed Mytheen Kunju Basheer sekiranya diberi mandat pada 20 November depan. Beliau yang merupakan antara muka baharu calon BN pada Pilihan Raya […]

» Read more

Guna Politik Murahan Tagih Simpati, Cikgu Ali Cabar Azman Berdebat

MELAKA, 12 Nov – UMNO Tangga Batu menafikan wujud sebarang dakwaan bagi menyekat pengaruh politik bekas Adun Pantai Kundur, Datuk Nor Azman Hassan. Ketuanya, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata dakwaan Nor Azman itu merupakan satu kenyataan yang terdesak bagi menagih simpati pengundi khususnya dari UMNO. “Pada saya kenyataan tersebut jelas berniat jahat, terdesak dan hanya bertujuan untuk menagih simpati […]

» Read more

SOP Kempen PRN Melaka Sewajarnya Mendidik Rakyat, Tentukan Kerajaan Bakal Dipilih

MELAKA, 12 Nov – EXCO Pergerakan Puteri UMNO, Nurul Musliha Khoruddin menganggap implementasi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sewajarnya memberi pendidikan kepada rakyat untuk fasa yang lebih meyakinkan demi menentukan kerajaan yang bakal dipilih. Namun katanya, persoalan timbul mengapa tiada keseragaman dan ‘majlis’ berkempen tidak dibenarkan. “Sewajarnya pihak tertentu memberi pendidikan kepada rakyat untuk […]

» Read more

Manifesto Terbaik, Sudah Terbukti… Ayuh Undi BN – Ahmad Maslan

HANG TUAH JAYA, 12 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan meluahkan keterujaan beliau dengan manifesto Barisan Nasional (BN) yang disifatkannya sebagai realistik, inklusif dan komprehensif. Ahli Parlimen Pontian itu juga percaya bahawa janji yang ditawarkan mampu membawa Melaka menjadi negeri yang terbaik dan cemerlang sekiranya BN diberi kepercayaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kali ini. “Apabila […]

» Read more

Tolak Politik Fitnah Dan Kebencian, UMNOSiswa Sokong Serlahkan Calon Muda

MELAKA, 12 Nov – UMNOSiswa menolak sebarang bentuk kempen politik kebencian sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuklah tindakan sesetengah pihak melakukan serangan tidak bermoral dan eksploitasi media terhadap mereka. Presidennya, Mubarak Kunyi berkata demikian susulan satu poster yang tular menggunakan nama UMNOSiswa dengan ayat “UMNOSiswa Menolak Calon Pelacur Politik” yang hakikatnya adalah fitnah yang jijik dan tidak bermoral. […]

» Read more

Calon BN Rahmad Mariman Pilihan Terbaik Untuk Warga Ayer Molek

BUKIT KATIL, 11 Nov – Nampak tegas, namun mudah didekati selain mudah dihubungi ketika rakyat dan masyarakat khususnya di Ayer Molek memerlukan bantuan. Itulah yang digambarkan rakyat terhadap calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rahmad Mariman yang ditampilkan oleh parti untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini. Tinjauan UMNO-Online mendapati penduduk setempat […]

» Read more

PRN: Calon Wanita BN Mampu Pacu Pembangunan Untuk Negeri Melaka

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Wanita merupakan aset negara dan lebih separuh dari populasi negara terdiri daripada golongan itu dan wajib diberi ruang sepenuhnya kepada mereka untuk bersuara dalam memperkasakan golongan wanita. Menyentuh hal demikian, Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan berpandangan Barisan Nasional (BN) komited mengenainya dan atas sebab itu, parti mencalonkan lima wanita sebagai calon di Pilihan Raya Negeri […]

» Read more

Saya Bukan Naga, Buaya, Singa Atau Harimau – Ab Rauf

ALOR GAJAH, 11 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyangkal pandangan sesetengah pihak yang melabel beliau sebagai ‘naga, buaya, singa atau harimau’ di Melaka; sebaliknya beliau melihat dirinya sekadar seorang yang ‘humble’ kepada parti. Beliau yang diajukan soalan panas berhubung persepsi yang dimainkan pihak tertentu terhadap dirinya, yang didakwa menjadi ‘Abang Besar’ melebihi Ketua […]

» Read more

PRN Melaka: Sebanyak 24 Pusat Pengundian Awal Akan Dibuka- SPR

MELAKA, 11 Nov – Sebanyak 24 Pusat Pengundian Awal (PPA) akan dibuka bagi proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 16 Nov ini. Jurucakap Ibu Pejabat Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) berkata empat Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak terlibat dalam proses pengundian awal iaitu DUN Tanjung Bidara, Pengkalan Batu, Duyong dan Serkam. Katanya, proses pengundian awal bermula dari pukul […]

» Read more
1 … 17 18 19 20 21 … 34