Calon Muda, Muka Baharu Gambarkan Rejuvenasi Parti Pada PRN Melaka – Dr Asyraf

TANGGA BATU, 9 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata calon muda serta muka baharu yang diketengahkan oleh pucuk pimpinan parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menggambarkan kesediaan UMNO merealisasikan agenda rejuvenasi parti. Jelasnya manifestasi ke arah itu sememangnya satu perkara yang tidak boleh dinafikan sekaligus menunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO hari ini […]

» Read more

Pilih BN Demi Kesinambungan Pentadbiran Sulaiman Untuk Melaka

TANGGA BATU, 9 Nov – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ikmal Hazlan Datuk Ikmal Hisham menaruh keyakinan bahawa pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan membuat keputusan yang terbaik demi kelangsungan serta kesinambungan pentadbiran Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebelum ini. Malah beliau turut melihat dengan kesediaan serta langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan parti mengetengahkan calon […]

» Read more

Jangan Tersilap Pilih Lagi… Pastikan BN Pilihan Utama – Norsabrina

TANGGA BATU, 9 Nov – Pengundi di Melaka diharapkan agar membulatkan tekad dan tidak lagi tersalah pilih sepertimana pilihan raya umum (PRU) yang lalu kerana natijahnya telah dapat disaksikan serta dirasai selepasnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor berkata pengalaman lalu boleh dijadikan sandaran kerana akibatnya cukup dirasai dan kali ini dengan peluang kedua yang […]

» Read more

Agenda BN Serius Untuk Kestabilan Politik Demi Kemakmuran Rakyat – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Rakyat khususnya para pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diminta untuk memberikan kepercayaan kepada parti teras yang sudah terbukti pengalaman bagi memastikan wujudnya kestabilan politik demi menyumbang kepada kemakmuran negeri. Timbalan Presiden UMNO merangkap Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Barisan Nasional (BN) menawarkan calon sebagaimana kehendak orang ramai […]

» Read more

Dira Ada Kredibiliti, Mampu Sambung Legasi Perjuangan Bela Rakyat – Bekas ADUN Rim

JASIN, 9 Nov – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Ghazale Muhamad optimis Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau Dira mampu untuk meneruskan agenda membela rakyat sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 Nov ini. Ghazale, pemegang kerusi berkenaan selama dua penggal sebelum ini turut memberi komitmen akan membantu Dira meneruskan perjuangan yang sebelum ini dibawa olehnya dan […]

» Read more

Ahmad Shabery Cerita ‘Lahabau’… Nak Ucap Boleh Tapi Jangan Kuat Sangat, Tak Perlulah Buat Poster

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Semalam tular berkaitan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching memohon maaf kepada orang ramai susulan kesalahan penggunaan perkataan ‘lahabau’ yang dimuat naiknya di laman facebook ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Dalam hal ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut mengambil kisah dengan menceritakan berkaitan ‘lahabau’ merujuk kepada […]

» Read more

Calon Berkarisma… Gerakkan Pelbagai Medium, BN Optimis Untuk Kemenangan – Exco Wanita

  KUALA LUMPUR, 9 Nov – Exco Wanita UMNO Malaysia, Zarina Abdol Majid sangat yakin dan optimis dengan usaha secara holistik dan bersepadu, Barisan Nasional (BN) bukan sahaja akan mempertahankan kawasan sedia ada malah kawasan tumpuan akan dapat peroleh kemenangan semula. Tegasnya, kesemua Jentera Barisan Nasional (BN) khususnya jentera Wanita UMNO akan bergerak mengikut SOP yang telah ditetapkan mengikut Akta […]

» Read more

Rakyat Guna Peluang Sebaiknya, Bijak Pilih Antara Kaca Dan Permata – Exco Puteri

MELAKA, 9 Nov – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nurul Musliha Khoruddin berharap rakyat khususnya pengundi akan gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini. Jelasnya, rakyat Melaka telah bijak untuk membezakan di antara kaca dan permata selepas melalui pelbagai perkara. “Sama ada memilih kerajaan 22 bulan yang menipu rakyat demi kemenangan PRU-14 atau […]

» Read more

PRN Melaka: Jaya Atau Gagal Jadi Cerminan Parti Lakar Landskap PRU15 – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata berjaya atau gagal Barisan Nasional (BN) di dalam Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) menjadi lakaran bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang. “Jaya atau gagal akan menjadi cerminan kepada UMNO dan BN untuk melakar landskap dalam PRU15. “Semangat jentera kita dari seluruh negara untuk membantu […]

» Read more

‘Lahabau’ Kempen Biadap, Tidak Melambangkan Adab Yang Tinggi – Cikgu Ali

TANGGA BATU, 8 Nov – Tindakan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching menggunakan perkataan ‘Lahabau Melaka, Jom Undi’ dalam bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu dilihat satu tindakan yang memalukan dan penghinaan kepada rakyat negeri tersebut. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa dan Pustaka […]

» Read more
1 … 21 22 23 24 25 … 34